Sunday, April 14, 2013

KEK COKLAT

Author: bebop     Time: 16-2-2005 09:57 AM

Seperti yg saya janjikan semalam, ini dia resepi kek coklat kukus khas untuk cik mesmerize... 
Jgn takut untuk mencuba resepi ni sebab kek ni telah banyak kali di uji kaji dan terjamin kesedapannya. 

KEK COKLAT KUKUS BEBOP

1 1/2 BIJI BUTTER  (250 GM + 125 GM)
2 CAWAN GULA HALUS
1 TIN SUSU CAIR
4 BIJI TELOR
2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 CAWAN KOKO
1 SUDU TEH BAKING POWDER
1 SUDU TEH SODA BIKARBONAT
1 SUDU TEH ESEN VANILLA

CAIRKAN BUTTER DLM PERIUK, KEMUDIAN MASUKKAN SUSU CAIR, ESEN VANILLA DAN GULA, KACAU PERLAHAN
HINGGA SEMUA HANCUR DAN SEBATI. 

kEMUDIAN TUTUP API DAN BIARKAN ADUNAN SUAM. 

SELEPAS ITU MASUK TELUR YG TELAH DIPUKUL DAHULU KEDALAM ADUNAN. 

SATUKAN DAN AYAK TEPUNG, KOKO, BAKING POWDER DAN SODA BIKARBONAT,
KEMUDIAN CAMPURKAN SEMUA BAHAN KERING KEDALAM ADUNAN TADI. 
KACAU SEBATI HINGGA RATA KEMUDIAN KUKUS SELAMA 1 1/2 JAM.

(ACUAN HENDAKLAH DI SAPU MINYAK KEMUDIAN DI LAPIK DENGAN KERTAS MINYAK SUPAYA SENANG UNTUK
DIKELUARKAN KEK DARI ACUAN NANTI.  DAN JUGA TUTUP PERMUKAAN ACUAN KEK DENGAN FOIL PAPER SUPAYA
AIR KUKUSAN TIDAK JATUH KE ATAS KEK.)

=========================================================================

KEK COKLAT ZAIIMA

Reply #69 ajut's post

Kalau resepi kek coklat bakar...cuba resepi kek coklat Kak Hannah..yg tu mmg confirm sedap...

Kalau resepi kek coklat versi kukus, anis tak pasti siapa punya resepi..tak ingat tetapi kek
ini mendapat respond yang sangat memberangsangkan dari keluarga, kawan2 dan penempah kek coklat
versi kukus ini..Resepi tu guna sukatan cawan jerr...tak ingatlah siapa punya resepi..kalau
sesiapa kat sini boleh beritau...TQ...

1 cwn gula,
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak atau marjerin yang dicairkan
3 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder dan
1 sudu soda bikarbonat.

Semua tu dicampur jadi satu dan masak atas api yg kecil...agak2 dan sebati...matikan api dan
biar suam adunan tu..

kemudian pukul 3 biji telur sampai kembang..masukkan dalam adunan tadi tu, kemudian masukkan
1 cawan tepung gandum yang telah diayak bersama 1 sudu baking powder dan 1 sudu soda bikarbonat.

Kemudian kukus selama 1 jam atau sampai masak..

=========================================================================

Kek Coklat Kukus zaiima
Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur

Cara :
Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api
kecil sehingga semua larut.
Tepung,soda dan baking powder di ayak satu.
Telur dipukul kembang dan dicampur dng campuran koko tadi.
Gaul rata dan capur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik.
Tutup acuan dng aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan .

BAHAN CREAM COKLAT:

250 gm cooking coklat
1 sudu besar majerin
1/2 cawan fresh cream/whipping cream

Cara:
1. Cairkan cooking coklat secara double-boil.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan sfresh cream/whipping cream dan majerin dan kacau sehingga sebati.
3. Tuangkan atas kek dan hiaslah mengikut citarasa sendiri.

nie pix kek yg ana buat sabtu lepas. ana buat 2 adunan
berani mati sungguh sbb baru 1st time try resepi, terus buat 2 adunan sbb nak jamu org...hahaha..

=========================================================================

RICH CHOCOLATE MOIST CAKE [Jonah] hANNAH


6 oz butter  (170.1gm)
14 oz gula castor (396.9 gm)
3 biji telur ayam

BAHAN2 INI DIBANCUH BERSAMA:
1 sudu teh NESCAFE
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate EMULCO

BAHAN2 INI DI AYAK BERSAMA:
8 oz tepung HIGH PROTEIN  (226 gm)
2 1/4 oz serbuk koko  (63.8 gm)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1 1/2 sudu teh baking powder
7 oz air sejuk - air dlm peti ais


CARA MEMBUATNYA:
1.  Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
2.  Masukkan telur satu persatu.
3.  Masukkan campuran NESCAFE dan esen2.
4.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
5.  Masukkan air sejuk sambil di gaul perlahan2.
6.  Bakar dalam loyang 9" persegi dengan suhu 170C selama 50-60 minit.

BAHAN2 ICING:
1 tin susu pekat
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung
1/3 cawan serbuk koko
sedikit garam

CARA MEMBUAT ICING:
1.  Campurkan susu, koko dan minyak.
2.  Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat.
3.  Masukkan garam dan vanila.
4.  Tuangkan ke atas kek rata2

=========================================================================

KEK COKLAT LEMBAB

shurie ada resepi kek coklat lembap yang mmg simple dan sedap.shurie selalu buat kek ni esp masa ada tetamu dtg.......cubalah!

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan gula halus
1 buku butter
3 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sedu teh esen vanila
coklat rice
1 buku coklat masakan
1 cawan susu cair

Cara-cara membuatnya
1. Pukul gula dan butter sampai kembang
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi
3. MAsukkan esen vanila
4. Kemudian masukkan tepung gandum, serbuk kokodan baking powder
(ketiga-tiga bahan ini diayak bersama terlebih dahulu)
Kacau sampai rata.
5. Kemudian bakar selama 40 minit.
6. Bila kek sudah masak, sejukkan terlebih dalu barulah boleh
dipotong menjadi tiga lapisan.
7. Setiap lapisan disapu dengan coklat. Kemudian lebihan coklat
tadi disalut pada kesemua permukaan kek.
8. Akhir sekali taburkan coklat rice.
9. Kemudian masukkan dalam peti sejuk. Barulah boleh dipotong.

Siraman coklat
1.Cairkan coklat masakan bersama susu dengan cara
double boiling. Kacau hingga rata.

=========================================================================

CREAM COKLATatau GANACHE
250 gm cooking chocolate
1 sudu besar marjerin /mentega/minyak
1/2 cawan fresh cream/whipping cream

Cara:
1. Cairkan cooking chocolate secara double-boil.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/whipping cream dan mentega.
3. Kacau sehingga sebati.

=========================================================================

CREAM COKLATatau GANACHE
300-400 gm cooking chocolate - potong kecil2
100 gm whipping cream

Panaskancream hingga mendidih (sebentar saja). Angkat. Masukkan chocolate tudan kacau hingga cair semuanya. Kalau x cukup pekat,tambah lagi cookingchocolate tu....until consistency dia jadi agak berat. Biar sebentar -then baru tuang atas kek - goyang2 sikit board tu (kalau pakai board),kalau pakai wire rack tu terus tuang je....lepas tu kemaskan....(lapcoklat yg sememeh kat tepi2 board tu)..kalau nak lagi tebal, biarkanfirst coating tu sejuk sikit, tuang sekali lagi. Baki ganache tu bolehbuat bunga, tp susah sikit sbb coklat mudah lembik.

lupa plak.. coating yg kat tepi kek tu  nurul ratakan ngan spatula..

=============================

BAHAN2 ICING HANNAH :
1 tin susu pekat
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung
1/3 cawan serbuk koko
sedikit garam

CARA MEMBUAT ICING:
1.  Campurkan susu, koko dan minyak.
2.  Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat.
3.  Masukkan garam dan vanila.
4.  Tuangkan ke atas kek rata2

====================

Topping Coklat Ganache 1mas2ra

Bahan
350 g cooking chocolate
200 ml whip cream

Cara
1. Cairkan cooking choc mengikut kaedah double boil.
2. Bila dah cair masukkan whipping cream dan kacau rata/sebati.
3. Biarkan semalaman.
4. Bila nak gunakan thawkan dan sapukan atas brownies.
[boleh cairkan ngan microwave ..hanya 10 - 15 saat]

====================

Krim  KEK COKLAT
Assalammualaikum semua...
kalau nak tau cara nak buat krim kek coklat meh sini sitislam beritahu..

bahannya
1/2 tin susu cair
250g coklat masak
1 sudu teh lemak sayur/minyak
1 sudu teh tepung jagung
coklat urai(kalau suka)

caranya
panaskan coklat masakan dan lemak sayur dengan menggunakan double boil
lepas coklat tu cair masukkan susu cair dan tepung jagung
kacau sebati sampai coklatnya pekat...nak tahu camner pekatnya..bila diangkat ia akan bertali..
Selalunya sitislam buat kalau nak bagi cepat likat..lepas campuran tu sebati sitislam akan masak terus atas api dengan api yang kecil sekali..kalau api besar coklat akan hangus dan pahit.
lepas tu biarkan coklat tu sejuk
bila dah sejuk sapukan di atas kek tadi...pastu kalau nak best lagi taburkan coklat urai.
Bila dah diratakan masukkan kedalam peti sejuk dalam masa 3 jam..jangan risau kek tu tak akan jadi keras...pastu keluarkan dan bolehlah dipotong..cubalah insyaallah ianya sedap dan tak berapa manis krimnya..wassalam

====================

180g mentega / marjerin
300g gula hastad / halus
2 biji telur
300 ml susu segar / cair
2 sudu teh cuka / air limau nipis

Persediaan
1- tepung + baking powder + soda bicabonat = diayak
2- susu segar + cuka = dicampurkan selama 5-10 minit untuk dijadikan yoget.

Cara
1. Pukul marjerin + gula halus hingga ringan dan berkerim. Masukkan telur sebiji (dipukul) demi sebiji. Pukul lagi sehingga ia kembang dan ringan.
2. Mmasukkan bahan yang diayak dengan susu + cuka bersilih ganti, diakhiri tepung.
C selama 1 jam 10 minit.?3. Bakar atas acuan 21sm, suhu 175

==========================

vaku tak de resepi yg bersukatan utk topping chocolate cake.
tapi ni lah yg aku selalu buat. . .
1 bar cooking chocholate
1/2 buku butter (utk kasik kilat)

dua dua ni, double boil, utk cairkan. mix well.
tuanglah atas kek coklat tu. dah tu, kalau aku yg buat, aku bakar badam skit, tabur kat atas topping tu, masa chocholate tu masih lekit lekit.
sedap!
harsha...
tak banyak sgt ke 1/2 buku butter tu...? selalunya suria guna 1/4 buku butter jer... sebab takut cooking chocolate tu lambat keras balik... ade effect tak...?

==========================

Topping :
 1/2 tin susu cair
250 gm cooking coklat
1 sudu besar cornflour
1 sudu besar gula pasir

==========================

Siraman coklat
1 buku coklat masakan
1 cawan susu cair

1.Cairkan coklat masakan bersama susu dengan cara
double boiling. Kacau hingga rata.

==========================

Author: Jonah     Time: 19-3-2005 10:32 PM

  QUOTE:
Originally posted by redapple at 16-3-2005 11:40 PM:
nak tanya..kalau topping nak guna serbuk koko je tak blh ke??ade cr die tak..
Red tak suka la nak double boiling tu...leceh..
kalau ade bgtau ek...

Siannya red, meh akak cuba2 jawabkan...

Kalau nak pakai serbuk koko boleh gaklah, u cubalah masakkan serbuk koko tu dengan susu cair, buh minyak skit untuk likat.

Dulu2 pernah buat, tapi lamaaaaaaaaaaaaa dah tak buat2.  So, takut gak kalau silap pulak.  Cuba tunggu chef pro kat sini jawab.  Akak ni saja enterprem, kira tgh commercial break la ni... hehehe...

Tapi kan red, smalam akak buat double boiling tu tak susah mana.  Mula phobia gak, sebab blajar dulu tahun 1990, pastu tak try2.  Nasib baik chef bebop guide camana nak wat... meh akak citer skit...

Ok, bubuh air dlm periuk - akak guna periuk kukusan tu je, bubuh mangkuk dlm tu untuk letak periuk yang berisi coklat + susu cair.

So, coklat tu potong2 - then campur susu, agak2 lah, bubuh dlm periuk lain, kemudian tenggekan atas mangkuk yg ada dlm air di dalam kukusan tu, just nice touching the water.

Hidupkan api kecil je, sambil tu kacau2 jelah coklat dan susu tu sampai cair.

Kalau tercair takpe, bubuh je dlm peti ais kejap, sebelum curah atas kek.

Red, punyalah sonang... lepas ni akak yang baru je nak belajar masak ni kiranya dah confident habis dah nak buat.

So, credits to tuan punya kek, Chef Bebop, dan juga Pembantu Khas, Chef Soda, yang pimpin akak untuk menyiapkan kek ini sehingga berjaya.

Cuma maklumlah 1st trial, silap nya banyak, takde kertas minyak lah, terpaksa guna A4 - ingat mak2 kita dulu, guna kertas buku sekolah je...

Lepas ni, sure cantik, harap2 lah...


==========================

BEBOP :

ps...Untuk peringatan kepada sesiapa yg tak tahu....bila kita nak cairkan cooking coklat harus berhati2 sebab coklat ni tak boleh dimasukkan air walau setitik pun, atau pun make sure periuk yg kita nak gunakan tu kering betul.
Sekiranya periuk coklat di masuki air, coklat tersebut akan keras dan bergentel2, coklat tidak akan cair.  So sekiranya kawan2 terenjis air, coklat tersebut masih boleh dimasak semula tetapi hanya boleh dimasak semula keesokan hari iaitu kena tunggu coklat tu jadi keras seperti sebelum nya.  


Disini k Noor nak umum kan ..bahawasanya adalah dimaklumkan kek coklat kukus versi zaiima ni tersgt lah mabelessssss....hitam berkilat, lembut, gebu, lembab dan halus texturenya...dan inilah kek idaman yg akak carik selama ni (sejak makan kek coklat yg kakak ipar akak order masa balik M'sia 2 tahun lepas akak terus mencuba pelbagai resepi kek coklat dgn harapan sama spt kek tersbt tapi masih tak serupa spt yg di idam2 kan dan setelah sekian lama kini ketemu jua..)

tapi dlm resepi tu akak modified skit, akak   tambah 1 sudu kecil  ovalette dipukul bersama telur (mula2 telur pukul dulu bila kembang masukkan ovalette kemudian pukul lagi sehingga putih gebu gitu)  baru masukkan ke dlm campuran minyak/susu dan satu lagik serbuk koko tu akak ayak bersama tepung/soda/baking powder dan akak guna gula halus bukan gula pasir just campur aje dlm susu cair, susu pekat dan minyak tanpa panaskan sbb gula halus mudah larut, akak just kacau2 kasik sebati aje...

lepas ni kalau nak makan kek coklat akak akan guna resepi ni lagik dan juga resepi Bop..jutaan terimakasih akak ucapkan buat Zaiimaaa, muah muahsss

nanti bila2 akak nak buat lagi tapi takmo buh ovalette, nak tengok hasilnya camana lak..mesti lebih mabelesssss

No comments:

Post a Comment