Wednesday, April 10, 2013

KEK MARBLE BY BLOGGER

1. KEK MARBLE GEBU BY AZIE

Kek Marble Yang Sangat Gebu

Sekembali dari menghadiri majlis tahlil di rumah Sidah di Bandar Tun Hussien Onn sempena pemergian beliau ke Tanah Suci pada 10 Oktober, saya hanya berehat sambil melayan layan blog dan facebook. Mata cepat jer terpandang Kek Marble yang ditayang di blog Intai Dapur. Hmm dikatakan kek yang sangat gebu dan lembut membuatkan saya terus ke dapur kerana amat pasti semua bahan diperlukan memang tersedia. Lagi pulak, anak saudara saya Farhan dan As akan berkunjung, boleh juga dibuat hidangan dan bekalan mereka balik nanti. Nak tengok antara resepi  yang telah saya cuba dan sangat saya suka, klik di SINI.

Oh oh gula kaster tak cukup, mula lah buat muka seposen kacau laling hubby yang tengah dok asyik menonton rancangan perlumbaan F1 minta supaya ke kedai runcit membeli gula kaster. Mana mungkin dia menolak walaupun dengan beratnya, dia ke dapur dulu untuk check sendiri kalau masih ada stock gula kaster dalam kitchen store. Haaa kan dah kata, tak ada gula tu, hati saya berdetik sorang sorang....  


 
Saya memang suka kek mentega atau kek marble atau apa apa kek yang simple macam ni. Kalau kek Coklat atau kek Red Velvet tu, agak kuranglah sikit walaupun makan juga. Maklumlah kek kosong macam ni adalah kek yang dimakan sejak kecil kecil dulu. Orang kata dah sebati dengan tekak lah.
 
Resepi ini agak remeh juga kerana perlu menggunakan banyak bekas untuk memukul telur putih secara berasingan. Jadi saya memang tak suka membuat kek yang remeh ni kerana kadang kadang rasanya tak banyak beza pun. Jadi kali ini, saya membuatnya mengikut cara membuat kek biasa jer. Mentega dan gula diputar sehingga kembang, kemudian masukkan ovallete, susu dan vanila. Pecahkan telur sebiji sebiji sambil terus diputar. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kalau buat kek marble, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna yang disukai. Tuang dalam adunan dan loreklah sesuka hati. Haaa hentam gitu. Kek tetap naik dengan gebunya dan sangat moist. Jangan marah ya, tuan punya resepi. Lain kali memang boleh guna resepi ini lagi untuk membuat kek marble atau kek mentega.....
 

Kek Marble Lembut
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
8 oz/227gm mentega
6 oz/170gm tepung gandum
6 oz/170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (guna coklat emulco)
Cara cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.
 
Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.
Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.
Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.

Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit. 
 
Nota:
Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.

Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega
 
 

2. KEK MARBLE ANIS BY AZIE

Kek Marble Anis Yang Sangat Mabeles

 

Aduh aduh mana tahan... sebab tak tertahan, saya makan berketul ketul berulang ulang tanpa risau akan kenaikan berat badan pun masa tu. Saya makan kek Marble yang sangat sedap ini semasa jamuan hari terbuka di pejabat di Shah Alam sehingga terbawa bawa ke rumah.  Sehingga sampai rumah pun, saya masih terkenang kenang keenakan kek itu.  Rasanya lembab lembab dan manis manja giteewww. Kesedapannya menjadikan saya terus meminta resepi dari Anisah.
 
Saya seperti yang saya tulis dulu memang menyukai kek yang simple seperti kek Butter, Kek Marble yang menggunakan bahan yang sedikit sahaja. Terima kasih Anis kerana sudi berkongsi resepi dan menurutnya resepi ini diperolehi dari kakak saudara beliau. Saya nak namakan kek ini sebagai Kek Marble Anis lah sempena mendapat resepi ini dari Anis. Resepi ini menghasilkan 2 biji kek menggunakan loyang bersaiz 8". Jadi kalau tak ada majlis tertentu, bolehlah dibuat hanya setengah adunan jer.

Kalau nak tahu bagaimana rasanya, jomlah kita cuba buat kek ini pula. Jom layan resepi di bawah...   

Kek Marble Anis

Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
10 biji telur
450gm marjerin
350gm gula kaster
350gm tepung (guna tepung kek Bluekey)
1 sudu kecil baking powder (opsyenal)
Sedikit esen vanila
Pewarna (merah/purple/hijau) -  atau apa apa warna yang disukai

 
Cara cara:
Pukul marjerin bersama gula sehingga kembang. Kemudian, pukul telur satu per satu sehingga adunan kembang dan sebati. Masukkan esen vanila dan gaulkan.
Ayak tepung dengan baking powder dan masukkan tepung sedikit demi sedikit  sambil dipukul hingga rata.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, mengikut warna yang disukai.
 
Masukkan 1 senduk adunan (merah) di tengah tengah loyang yang telah dilenser majerin, kemudian, 1 senduk adunan (hijau) di atas adunan warna merah dan 1 senduk adunan (purple) dan ulangi sehingga habis dan lorekkan.






Bakar pada suhu 180C menggunakan api bawah sahaja selama 30 minit dan selepas itu, baru menggunakan api atas dan bawah selama 15 minit lagi.

Nota:
Sukatan ini boleh dapat 2 biji kek untuk loyang saiz 8".
Boleh juga dibuat sebagai cupcake.

Bila kek masak sahaja, terus dimatikan oven kerana tidak mahu terlebih bakar bagi menghasilkan kek yang moist.

 



 

No comments:

Post a Comment