Tuesday, December 30, 2014

NASI MINYAK HUJAN PANAS

NASI MINYAK HUJAN PANAS
Sumber resepi  : dapurmamasya 

Bahan-bahan ( 5 orang ) 
4 cawan beras basmati 
5 cawan air - letak lebih air sesuaikan dengan beras 
2 kiub ayam 
2 helai daun pandan  pewarna merah, kuning dan hijau  [bahan tumis] 
1/2 inci halia 
2 ulas bawang putih 
1/2 biji bawang besar 
2 sudu besar minyak masak 
1 sudu besar minyak sapi- letak 1 1/2 sb  1
 batang kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
3 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga  [bahan hias]  bawang goreng , kismis 

Cara-cara 
1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang.
3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi  Masukkan beras dan gaul rata.
4. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan dan masaklah nasi sehingga masak.  
5. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu dan Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka 


DAGING MASAK HITAM YANG SEDAP

Sumber : dapurmamasya
Bahan-bahan 
1 kg daging - dipotong nipis 
3 ulas bawang merah - dihiris 
2 ulas bawang putih - dihiris 
3 kuntum bunga lawang 
2 inci kulit kayu manis  1
/2 cawan kicap pekat  air asam jawa secukupnya  garam secukup rasa  Minyak masak untuk menumis 

Bahan Kisar 
4 biji bawang besar 
3 inci halia 
4 ulas bawang putih 
20 biji cili kering - rendam dengan air panas 
1 sudu kecil jintan manis 
1 sudu kecil jintan putih 
1 sudu kecil ketumbar 

Cara :
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.  
2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk.
3. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah serbuk perasa jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa.
Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering) 

* Oleh kerana kelam-kabut masak untuk berbuka baru saya sedar yang saya terlupa ambil gambar satu step lagi iaitu daging yang telah di masukkan kicap. Haish...kecewa betul. 

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Friday, December 26, 2014

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE

http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/03/devils-food-chocolate-cake.html
 

 
Jeng jeng jengggg.. ni entry main masak2 lg ye.. hobilah katakan.. hehehe.. kali ni aku nak share resepi yg aku ambik dr blog Kak ita Masam Manis.. kan aku kata beliau ni sifu aku di alam maya.. hehehe..


Percubaan kali pertama aku buat kek ni..

Hasilnya sgt2 la sedap sampaikan aku sendiri tak sabar2 nak merasa kek tu padahal kek tu kena sejukkan dulu baru boleh di potong.. hehehe..

Bg sape2 yg nak resepi sila jenguk blog kak ita ye.. aku yakin, kalo korang jenguk blog masakan beliau, korang pasti teruja nak try masak tu ini gak.. hehehe..

Utk resepi kek ni aku tak dpt nak bg korang tutorial lengkap sbb aku tak sabar2 nak siapkan kek ni tadi.. so malas nak klik2 kamera bg setiap perbuatan.. hehehe..

Okey.. ni aku copy paste balik resepi kek ni ye.. ada sket jugaklah yg aku derhaka sbb ada bhn yg aku takde lak masa pembikinan kek ni.. huhuhu.. kreatif itu penting..

Loyang yg di gunakan utk adunan kek ialah loyang size 9x9 inci..

Kalau boleh loyang mcm kat atas ni sbb senang nak kuarkan kek.. loyang 9 inci di gunakan sbb hasil kek yg terbentuk adalah sedang2 elok je tingginya.. tak tebal sgt.. just nice org putih kata.. hehehe..


Ni antara bhn2 yg di gunakan.. ada byk lg bhn benonye tp tak sempat aku snap.. Okey.. kat bwh ni resepinya..

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
By: Shelly Kaldunski book on Cupcakes
Rujukan : Kak Ita

Bahan Kek Coklat:

2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam (aku tak letak)
1 / 2 cawan gula pasir ( aku pakai gula kastor je )
1 / 2 brown sugar ( aku guna soft brown sugar )
125 gm mentega ( aku pakai marjerin daisy sbb buttercup abis )
2 biji telur gred A ( aku pakai telor yg ada je )
2 sudu kecil vanila ekstrak ( aku pakai esen vanilla )
1/2 cawan buttermilk - buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit. ( yg ni aku guna susu segar dutch lady + 1 sudu kecik cuka )
1 cawan air suam

Ni antara langkah yg sempat aku snap td.. Sblm tu sila panaskan oven terlebih dahulu.. suhu 160 celsius.. api atas bwh..


Step pertama :
Dgn menggunakan mixer, putar mentega + gula ( gula kastor dan soft brown sugar ).. pukul sampai sebati..


Step kedua :
Kemudian baru aku masukkan sebijik telor.. putar kejap.. masukkan lg sebijik telor.. putar lg..


Step ketiga :
Pastu aku masukkan tepung gandum yg di ayak terlebih dahulu.. gaul guna senduk bg tepung tu sebati..

Pastu aku masukkan serbuk koko lak.. sama gak aku ayak terlebih dahulu.. gaul lg sampai sebati.. masukkan soda bikarbonat pulak.. gaul lagi..

Kemudian aku masukkan susu yg di campur cuka td tu sikit demi sikit.. masukkan sikit, kacau.. masukkan lg.. dan kacau lg.. buat sampai abis.. pastu baru aku tuang air suam lak sikit demi sikit.. kacau.. tuang lg dan kacau..

Akhir sekali aku masukkan esen vanilla.. kacau semuanya sampai adunan betul2 larut dan sebati.. aku tak masukkan garam dlm adunan kek.. resepi asal ada letak garam.. tp aku tak letak.. yg pasti tak mencacatkan rasa pun..

Step keempat :
Lastly baru aku tuang adunan td ke dalam loyang yg di lapik dgn kertas minyak di dasar dan keliling loyang... griss dgn butter terlebih dahulu.. aku guna kertas A4 je.. hehehe.. pastu sapu marjerin..

Bakar adunan selama 30 minit atau sehingga masak dgn suhu 160 celsius.. aku masak 30 minit je td.. aku letak kat rak tengah.. apapun bergantung pd jenis oven gak ye..

Ni hasilnya selepas di bakar..


Keluarkan kek dr loyang dgn berhati2.. buangkan kertas minyak td..


Sejukkan dulu kek sblm di hias dgn Cream Cheese Frosting..

Bahan2 utk Cream Cheese Frosting :

125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon ( kebetulan takde lemon, aku ganti dgn 1 sudu kecik sunquick )

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon

Step kelima :
Sapukan cream cheese td atas kek.. ratakan..


Sejukkan dlm peti ais jap sementara kita buat coklat ganachenya dulu..

Bahan2 utk Ganache Coklat :

100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam (aku tak letak )
1 sudu besar golden syrup (takde pun takpe)
1 sudu teh paste vanila

Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair.. Angkat dan sejukkan..


Step keenam :
Tuang atas cream cheese td.. sejukkan lebih kurang 1-2 jam sebelum di potong..


Tp di sbbkan aku kurang sabar nak rasa td, aku dah potong awal2.. baru 20 minit di sejukkan aku dah potong.. cream cheese dia masa ni belum betul2 keras lg.. tak pasal2 comot sket bila potong..

So aku nasihatkan, utk dpt hasil potongan yg cantek dan menarik, kasi kek tu sejuk dlm sejam ke dua jam ye.. sbb bila betul2 sejuk hasilnya lebih cantek bila di potong...


Comot kan.. huhuhu.. sape suruh tak sabar..


Dan yg ni hasil bila betul2 sejuk.. cantekk je hasil selepas di potong..


Make sure setiap kali nak potong, korang celup dulu pisau tu dlm air panas, lap kasi kering baru potong.. pastu celup lg.. lap dan potong..

Kalau main potong je kang tak cantek rupa kek tu kang baru tau.. sape suruh tak dgr arahan.. muehehhe..

Okey.. selamat mencuba..!! Bg aku kek ni sgt sedap dan pasti aku akan buat lagi dan lagi dan lagi..

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE

Devil Food Chocolate Cake


Assalamualaikum
 
Debaran dan penantian pastinya sudah berakhir semalam.. Kepada mereka-mereka yang berjaya pastinya senyuman sentiasa terukir dibibir. Kegembiraan, keceriaan, kesyukuran, dan kebanggaan pastinya tergambar di wajah masing-masing. Bangga dan gembira dengan usaha dan penat lelah bertungkus lumus mentelaah pelajaran berbayar dengan segulung kejayaan. Tahniah! buat semua yang berjaya, kepada warga pendidik dan juga ibu bapa yang tidak pernah putus berdoa untuk melihatkan kejayaan anak-anak.
 
Bagi mereka yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa. Ini rezeki yang telah tertulis olehNya. Terima setiap kententuan dengan reda dan sabar. Setiap yang berlaku ada hikmah dan pengajaran disebaliknya. Kecundang atau gagal hari ini bukan kayu pengukur untuk perjalanan hari esok.

Sistem pendidikan Malaysia yang berteraskan peperiksaan.. bukanlah jaminan masa depan yang cemerlang. Semua kejayaan yang akan kita capai selepas ini bertitik nokhtah dari bakat dan usaha yang tidak mengenal putus asa. Sentiasa berfikiran positif, cari kelebihan dan bakat yang ada dalam diri. Insyaallah jika kita percaya pada bakat dan kelebihan yang Allah kurniakan, insyaallah.... sudah semestinya kejayaan akan sentiasa terbentang luas dihadapan...

Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada seluruh warga pendidik yang sentiasa berkerja keras mendidik anak bangsa bagi melahirkan jenerasi pewaris yang cermerlang, berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.

Usaha murni warga pendidik pastinya akan sentiasa dikenang dan terpahat di sanubari ini. Terima kasih diatas setiap ilmu yang dicurahkan. Terima kasih atas usaha yang tidak pernah ada mengenal penat dan jemu.

Semoga ilmu yang dicurahkan akan mendapat ganjaran di akhirat kelak sebagaimana yang telah dijanjikan Nya.. insyaallah....
 

GURU OH GURU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi



Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
 

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
By: Shelly Kaldunski book on Cupcakes
Rujukan : Yatie

Bahan Kek Coklat
2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam


Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang ukuran 9 inc.
Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.

Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan  kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
Terakhir masukkan vanili estract.
Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.

Cream Cheese Frosting
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.

Chocolate Ganache
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ ita tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah
1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah


Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair
Angkat dan sejukkan

Melapis Kek
Tunggu kek benar-benar sejuk
tuangkan cream cheese frosting atas kek dan ratakan. Ita masukkan dalam piping bag dan paipkan atas kek.
Simpan dalam peti ais sebentar hingga cream cheese mengeras dalam 20 ~ 30 minit
Tuangkan ganache coklat atasnya
Hiaskan kek mengikut kreativiti.
Simpan semula kek dalam peti ais hingga ganache mengeras

Untuk memotong kek yang menggunakan cream cheese.
Celupkan mata pisau dalam air panas atau boleh juga panaskan mata pisau atas  dapur.
Lap mata pisau dan potong.
 
 
DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
By: Shelly Kaldunski book on Cupcakes
Source : Cakeworm
1 cup all purpose flour
1/4 cup cocoa powder
3/4 teaspoon bicarbonate soda
1/4 teaspoon salt
1/2 cup granulated sugar
1/2 cup brown sugar
65 gram butter
1 large egg - size A
1 teaspoon vanilla extract
1/4 cup buttermilk (homemade: 1/4 cup milk added with a few drops of distilled vinegar leave to rest for about 20 minutes
1/2 cup warm water

Methods
Set your oven at 170C (i set mine at 160C)
Prepare your cake tins, I used my casserole.
Sieve flour, cocoa powder, bicarbonate soda, salt, and set aside.
Beat butter with sugars until light and fluffy, add eggs.
When all well incorporated add the dry ingredients (flour, cocoa powder etc) and alternate with liquid ingredients (buttermilk + warm water) in three portions, last incorporate the vanilla extract.
Bake for about 30 minutes or until just cooked


Cream Cheese Frosting
250 g Philly cheese (i made only half-125g)
125 g butter (i use about 60g)
1 cup icing sugar (i used 1/2 cup)
1 teaspoon vanilla extract
juice of a squeezed slice of lemon, to rid the cheese taste (i didnt put)

Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.


Chocolate Ganache
200 ml double cream with at least 30% fat content
250 g dark chocolate, chopped finely
a pinch of salt

In a double boiler, warm the cream until just at boiling point, add the chocolate and salt and stir, when all chocolate is melted, remove from the heat and continue stirring until all well mixed.

Wait for the cake to cool completely, spread the cream cheese frosting and pour the ganache on top.
 
 
 
 

Monday, December 22, 2014

GANACHE

TOPPING COKLAT 1

150gm coklat masakan
35gm susu cair
1 sk butter

1) Masak secara double boiler.
2) Biarkan sebentar & curahkan di atas kek yang telah sejuk.


TOPPING COKLAT 2

1/2 cawan koko
1/2 cawan susu
1 sb minyak masak

1) Masak kesemua bahan atas api perlahan
2) Biarkan sebentar & curahkan di atas kek yang telah sejuk.


TOPPING COKLAT 3

250 gm coklat masakan (potong kecil2)
130 ml whipping cream
1 sb minyak masak

1) Cairkan coklat secara double boiler
2) Alihkan dr api, kemudian masukkan butter, gula dan cream. Kacau hingga sebati.
3) Curah ats kek


TOPPING COKLAT 4

1/2 bar coklat masakan (potong kecil2)
1/2 sb gula halus
2 sb minyak masak
 Esen vanilla beberapa titik

1) Cairkan coklat secara double boiler
2) Biarkan sebentar & curahkan di atas kek yg telah sejuk


TOPPING COKLAT 5

200 gm coklat masakan (potong kecil2)
2 sb susu pekat
6 sb air panas

1) Masak secara double boiler
2) Biarkan sebentar & curahkan di atas kek yg telah sejuk

GANACHE


CREAM COKLATatau GANACHE 1

250 gm cooking chocolate
1 sudu besar marjerin /mentega/minyak
1/2 cawan fresh cream/whipping cream

Cara:
1. Cairkan cooking chocolate secara double-boil.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/whipping cream dan mentega.
3. Kacau sehingga sebati.


CREAM COKLATatau GANACHE 2

300-400 gm cooking chocolate - potong kecil2
100 gm whipping cream

Panaskancream hingga mendidih (sebentar saja). Angkat. Masukkan chocolate tu dan kacau hingga cair semuanya.

Kalau x cukup pekat,tambah lagi cookin gchocolate tu....until consistency dia jadi agak berat. Biar sebentar -then baru tuang atas kek - goyang2 sikit board tu (kalau pakai board),kalau pakai wire rack tu terus tuang je....lepas tu kemaskan....(lapcoklat yg sememeh kat tepi2 board tu)..kalau nak lagi tebal, biarkanfirst coating tu sejuk sikit, tuang sekali lagi. Baki ganache tu bolehbuat bunga, tp susah sikit sbb coklat mudah lembik.

lupa plak.. coating yg kat tepi kek tu  nurul ratakan ngan spatula..


CREAM COKLATatau GANACHE 3

1 tin susu pekat
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung
1/3 cawan serbuk koko
sedikit garam

CARA MEMBUAT ICING:
1.  Campurkan susu, koko dan minyak.
2.  Masak di atas api yang sederhana sehingga pekat.
3.  Masukkan garam dan vanila.
4.  Tuangkan ke atas kek rata2


CREAM COKLATatau GANACHE 4 1mas2ra

Bahan
350 g cooking chocolate
200 ml whip cream

Cara
1. Cairkan cooking choc mengikut kaedah double boil.
2. Bila dah cair masukkan whipping cream dan kacau rata/sebati.
3. Biarkan semalaman.
4. Bila nak gunakan thawkan dan sapukan atas brownies.
[boleh cairkan ngan microwave ..hanya 10 - 15 saat]


CREAM COKLATatau GANACHE 5
Assalammualaikum semua...
kalau nak tau cara nak buat krim kek coklat meh sini sitislam beritahu..

bahannya
1/2 tin susu cair
250g coklat masak
1 sudu teh lemak sayur/minyak
1 sudu teh tepung jagung
coklat urai(kalau suka)

caranya
panaskan coklat masakan dan lemak sayur dengan menggunakan double boil
lepas coklat tu cair masukkan susu cair dan tepung jagung
kacau sebati sampai coklatnya pekat...nak tahu camner pekatnya..bila diangkat ia akan bertali..
Selalunya sitislam buat kalau nak bagi cepat likat..lepas campuran tu sebati sitislam akan masak terus atas api dengan api yang kecil sekali..kalau api besar coklat akan hangus dan pahit.
lepas tu biarkan coklat tu sejuk
bila dah sejuk sapukan di atas kek tadi...pastu kalau nak best lagi taburkan coklat urai.
Bila dah diratakan masukkan kedalam peti sejuk dalam masa 3 jam..jangan risau kek tu tak akan jadi keras...pastu keluarkan dan bolehlah dipotong..cubalah insyaallah ianya sedap dan tak berapa manis krimnya..wassalam


CREAM COKLATatau GANACHE 6

180g mentega / marjerin
300g gula hastad / halus
2 biji telur
300 ml susu segar / cair
2 sudu teh cuka / air limau nipis

Persediaan
1- tepung + baking powder + soda bicabonat = diayak
2- susu segar + cuka = dicampurkan selama 5-10 minit untuk dijadikan yoget.

Cara
1. Pukul marjerin + gula halus hingga ringan dan berkerim. Masukkan telur sebiji (dipukul) demi sebiji. Pukul lagi sehingga ia kembang dan ringan.
2. Mmasukkan bahan yang diayak dengan susu + cuka bersilih ganti, diakhiri tepung.
C selama 1 jam 10 minit.?3. Bakar atas acuan 21sm, suhu 175


CREAM COKLATatau GANACHE 7

vaku tak de resepi yg bersukatan utk topping chocolate cake.
tapi ni lah yg aku selalu buat. . .

1 bar cooking chocholate
1/2 buku butter (utk kasik kilat)

dua dua ni, double boil, utk cairkan. mix well.
tuanglah atas kek coklat tu. dah tu, kalau aku yg buat, aku bakar badam skit, tabur kat atas topping tu, masa chocholate tu masih lekit lekit.
sedap!

harsha... tak banyak sgt ke 1/2 buku butter tu...? selalunya suria guna 1/4 buku butter jer... sebab takut cooking chocolate tu lambat keras balik... ade effect tak...?


CREAM COKLATatau GANACHE 8

250 gm cooking coklat
1/2 tin susu cair
1 sudu besar cornflour
1 sudu besar gula pasir



CREAM COKLATatau GANACHE 9

1 buku coklat masakan
1 cawan susu cair

Cairkan coklat masakan bersama susu dengan cara
double boiling. Kacau hingga rata.


=========================================================================

Author: Jonah     Time: 19-3-2005 10:32 PM

  QUOTE:
Originally posted by redapple at 16-3-2005 11:40 PM:
nak tanya..kalau topping nak guna serbuk koko je tak blh ke??ade cr die tak..
Red tak suka la nak double boiling tu...leceh..
kalau ade bgtau ek...

Siannya red, meh akak cuba2 jawabkan...

Kalau nak pakai serbuk koko boleh gaklah, u cubalah masakkan serbuk koko tu dengan susu cair, buh minyak skit untuk likat.

Dulu2 pernah buat, tapi lamaaaaaaaaaaaaa dah tak buat2.  So, takut gak kalau silap pulak.  Cuba tunggu chef pro kat sini jawab.  Akak ni saja enterprem, kira tgh commercial break la ni... hehehe...

Tapi kan red, smalam akak buat double boiling tu tak susah mana.  Mula phobia gak, sebab blajar dulu tahun 1990, pastu tak try2.  Nasib baik chef bebop guide camana nak wat... meh akak citer skit...

Ok, bubuh air dlm periuk - akak guna periuk kukusan tu je, bubuh mangkuk dlm tu untuk letak periuk yang berisi coklat + susu cair.

So, coklat tu potong2 - then campur susu, agak2 lah, bubuh dlm periuk lain, kemudian tenggekan atas mangkuk yg ada dlm air di dalam kukusan tu, just nice touching the water.

Hidupkan api kecil je, sambil tu kacau2 jelah coklat dan susu tu sampai cair.

Kalau tercair takpe, bubuh je dlm peti ais kejap, sebelum curah atas kek.

Red, punyalah sonang... lepas ni akak yang baru je nak belajar masak ni kiranya dah confident habis dah nak buat.

So, credits to tuan punya kek, Chef Bebop, dan juga Pembantu Khas, Chef Soda, yang pimpin akak untuk menyiapkan kek ini sehingga berjaya.

Cuma maklumlah 1st trial, silap nya banyak, takde kertas minyak lah, terpaksa guna A4 - ingat mak2 kita dulu, guna kertas buku sekolah je...

Lepas ni, sure cantik, harap2 lah...