Wednesday, April 10, 2013

KEK BUTTER

 KEK BUTTER BY AZIE


1. VANILLA BUTTER CAKE AZIE

 Saya memang peminat kek Mentega atau Kek Marble yang simple tetapi gebu dan moist. Kalau sebelum ini, saya telah membuat kek Marble di SINI yang memang menepati citarasa saya, tapi itu tidak menghentikan usaha saya untuk terus mencuba resepi resepi kek butter yang sedap. Kek Mentega yang saya sediakan sebelum ini di SINI juga sangat sedap. Kali ini saya terpandang resepi Kek Butter Mrs Ng SK di blog Wendyinkk. Melihatkan gambarnya, yaa aaampuun, terduduk saya dibuatnya. Hmmm.... speechless. Serious... waktu terpandang kek itu, saya sedang menunggu untuk boarding flight Qatar Air ke Egypt sempena majlis konvokesyen anakanda kami yang dikasihi, Dr Nana Ain. Jika tidak, pasti masa tu juga saya masuk ke dapur dan membuat kek ini.




Hmmm kek ini rasanya sangat gebu dan lembut bak kek sponge. Ianya seolah mencair di dalam mulut tanpa perlu dikunyah. Makan beberapa ketul tanpa disedari kerana teksturnya yang lembut gebu bak salju gitew. Sedap bagi mereka yang suka kek sponge tapi saya lebih menyukai kek yang sedikit padat dan lembab. Kek ini bila dimakan selepas beberapa jam, mula terasa moist. Anak anak saya pulak suka tekstur kek seperti ini. Lain kali saya akan cuba menggunakan resepi ini tetapi diadun cara penyediaan kek biasa. Agaknya bila telur putih diputar berasingan menjadikan keknya seperti ini. Jom tengok resepi kek mentega seperti di bawah....
 
Vanilla Butter Cake
 
Bahan bahan:
230gm butter (salted) - lembutkan  
200gm telur tanpa kulit (4 biji gred B) 
50gm + 150gm gula kaster
200gm tepung naik sendiri - ayak 
60ml susu segar/wholemilk
1 sk vanilla extract
 
Panaskan oven pada 170C. Lapik loyang 8x8" dan lenser mentega termasuk di sekeliling Loyang.
Asingkan kuning dan putih telur. Masukkan putih telur dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang dan tidak jatuh bila diterbalikkan. Masukkan 50gram gula sedikit demi sedikit sehingga kembang. Ketepikan.

Pukul mentega dan 150 gram gula sehingga kembang. Masukkan vanilla extract dan pukul seketika. 

Masukkan telur kuning satu persatu sambil terus diputar.

Masukkan separuh dari tepung dan kacau dengan kelajuan perlahan. Masukkan susu dalam 2 kali sebelum dimasukkan baki tepung gandum.

Masukkan separuh dari adunan telur putih dan putar dengan kelajuan perlahan. Masukkan baki telur putih dan dikaup balik menggunakan sudip sahaja sehingga sebati.

Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan. Bakar pada suhu 170C selama 45 minit atau sehingga masak. Boleh kurangkan suhu pada 15 minit terakhir.

Biarkan di dalam loyang dalam 10 minit sebelum disejukkan sepenuhnya di atas redai.
 



Nota:
Kalau nampak bahagian atas kek sudah keperangan, boleh kurangkan suhu oven atau boleh juga dilapik dengan aluminium foil




2. My Best Ever Butter Cake   My Best Ever Butter Cake
 


Kalau pagi tadi, buat Puding Kasih Bertaut, tengahari, saya buat pulak Kek Butter menggunakan pure butter dari New Zealand jenama Anchor. Semasa sedang dibakar di dalam oven, dah terbau keharuman butter yang tak pernah saya dapati semasa membuat kek yang menggunakan lain lain butter. 


Memang berbaloi membeli butter yang mahal untuk menghasilkan Butter Cake yang enak. Nama pun butter cake, jadi butter adalah bahan utama yang menentukan keenakan kek yang kita buat. Pure butter atau mentega adalah merujuk kepada kandungan yang mengandungi lemak susu lembu, air dan garam spt Golden Churn, Fern, Anchor, SCS, President dsb. Yang lain lain seperti Buttercup, Buttermaid bukan pure butter tetapi adalah lepa susu campuran minyak kelapa sawit, lecithin soya, lemak susu tulin dll. Jadi kita pilih pure butter jika ingin membuat butter cake ya.

Resepi untuk membuat kek ini juga sangat simple hanya menggunakan 5 bahan sahaja, tempoh penyediaan juga sangat singkat. Campak sahaja kesemuanya di dalam mixer dan kisar secara berperingkat dari low, medium hingga ke high level. Apa kata anda cuba membuatnya sendiri di rumah. Kek ini teramatlah sedapnya, memang resepi yang terunggul lah. Saya amat berpuashati kerana pencarian resepi kek butter berjaya akhirnya. Kek ini memang menepati selera saya iaitu lembut, gebu dan lembab. Aduhaiiii sedap nyer...

Jom kita layan resepinya  ... 


Butter Cake
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:
250g pure butter - saya guna jenama Anchor
250g tepung naik sendiri
180g gula kaster
4 biji telur
1/2 cawan susu segar
 
Cara cara:
1. Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed)
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan  tepung
4. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.
5. Masukkan dalam loyang dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180 selama 40 minit atau sehingga masak.
 
 



3. Butter Cake BY Azie




Butter Cake adalah kek kegemaran saya sejak dulu dan saya sentiasa ingin membuat kek butter yang moist dan lembut. Sehingga saya berjaya membuat kek butter yang lembab lagi sedap, saya akan terus mencuba resepi resepi yang ditemui.

 
Butter Cake
Bahan-bahan
250 gm butter
250 gm gula halus
250 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
5 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan susu segar
Cara-cara
Pukul butter bersama gula sehingga kembang, kemudian masukkan telur satu persatu dan esen vanila sambil dipukul sebati.

Apabila sudah sebati masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak bersama sedikit demi sedikit.

Akhir sekali masukkan susu segar dan gaul sebati. Masukkan adunan kek ke dalam acuan saiz 9 inci dan bakar padasuhu 180 selama 40 minit atau sehingga masak. 


adunan gula dan butter setelah dimasukkan telur dan esen vanila
 
masukkan tepung dan susu segar

 

Taadaaa siap

habis dimakan panas panas

4. Extra Moist and Buttery Butter Cake

 

Plain butter adalah resepi kegemaran saya sejak dari dulu lagi. Saya tidak berapa gemar kek yang pelbagai rasa atau diletak dengan pelbagai topping atau frsoting. Resepi ini saya salin dan translate dari website omputih semasa mencari cari resepi butter cake dalam google. Tapi saya dah tak jumpa source nya, maklum masa menyalin lupa nak salin sekali sumbernya. Apa apa pun, rasa kek ini memang sedap dan sangat sangat moist...

Extra Moist and Buttery Butter Cake
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
210 gm self raising flour
200 gm gula kaster
250 gm butter
5 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla 
Ayak tepung dan ketepikan. Putar mentega dan gula sehingga gebu dan kembang. Masukkan  telur satu persatu sambil terus diputar rata. Masukkan esen vanilla dan gaul rata. 
 
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan digaul sebati. Tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 9 inci yang telah dilapik dan dilenser. 
 
Bakar pada suhu 180C  selama 20-25 minit atau sehingga masak. Kek ini sangat yummy, simple dan moist.

Nota:
Jika guna tepung gandum, tambahkan 1 sudu kecil baking powder.

No comments:

Post a Comment