Wednesday, April 10, 2013

IKAN MASAK TEMPOYAK

Asam tempoyak ikan patin[seribulan]

1 ekor ikan patin dipotong mengikut selera anda.

Bahan-bahan tumbuk ialah :-
6 biji cili padi } tumbuk
2 biji bawang kecil } tumbuk
1 biji bawang putih } tumbuk
1/3 inci halia } tumbuk
1/3 lengkuas } tumbuk
1 senduk kecil cili boh atau dikisar sendiri lagi best
1 batang serai
1 batang daun kunyit
Tempoyak

Cara-caranya :-
Bahan-bahan tumbuk tadi digaulkan bersama-sama ikan dan lada yang dikisar sendiri atau cili boh didalam periuk kalau boleh pakailah periuk tanah lagi nikmat. Perapkan ikan itu selama 15 minit supaya sebati ramuannya. Selepas ikan diperap masukkan pulak air untuk dijadikan kuah ikutlah banyak mana kuah yang anda nak. Panaskan periuk tadi diatas api yang serdahana kacaukan perlahan-lahan lepas 5 minit masukkan pulak tempoyak ikut juga banyak mana kepekatan kuah yang anda mahukan, masukkan serai, daun kunyit, sedikit garam, perasa dan gula jangan lupa 1 keping asam keping. Masakkan sehingga ikan empuk. Selamat mencuba.


ASAM PEDAS TEMPOYAK [bebeh]
Bahan-bahannya:-
- 6 ketul ikan tenggiri
- Tempoyak 3 senduk besar
- Isi petai ikut suka anda
- 3 batang serai - di titik
- 1 helai daun kunyit - disimpul
- 1/2 cawan minyak untuk menumis
- air secukupnya

bahan-bahan kisar:-
- 15 tangkai cili kering
- 6 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- belacan secokopnyer

Cara Menyediakannya:-
1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan bahan yang dikisar sehingga naik bau dan pecah minyak. Kemudian masukkan air sejuk secawan dahulu biar mendidih tambah lagi agak agak jgn terlalu banyak air, dan masukkan tempoyak kacau sebati. Perhatikan kuah jgn terlalu cair
2. Bila melegak masukkan serai, daun kunyit dan di ikuti ikan kacau perlahan biarkan mendidih, masukkan petai garam dan aji nomoto padamkan api.


Gulai tempoyak ikan sungai ala Kuala kangsar [tarbiah]
Cili padi-10 biji (sebenarnya ikut suka,jika nak pedas tambah lagi)
Cabai kering-2-3biji(kalau nak merahkan sikit, tak bubuhpun takpe)
Tumbuk lumat kedua bahan di atas
Serai sebatang(dititik)
Tempoyak dlm satu senduk(nak pekat tambah lagi)Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak berketul-ketul.
Sedikit serbuk kunyit
Ikan Patin @ Ikan Keli @ ikan sembilang @ ikan Jelawat (sebarang ikan sungai tapi kadang-kadang saya buat juga ikan Termenung)
Taugeh kasar @ timun kuning @ rebung jeruk @ petai(Salah satu)

Cara membuatnya:
Cili,serai,serbuk kunyit dan tempoyak dicampur didalam periuk.Masukkan air secukupnya.Masak hingga mendidih dan masukkan timun yg telah dipotong atau petai atau rebung.Bila hampir empuk baru masukkan ikan(jgn kacau ikan itu takut ia hancur dan tulang berserakan dlm gulai sebab ikan sungai banyak tulang.Tunggu hingga ia masak.Jgn lupa bubuh garam dan sedikit gula.Kalau gunakan taugeh masuk ikan dahulu baru taugeh.Perlu diketahui gulai tempoyak ni lagi pekat lagi sedap tapi jgn guna tempoyak yg terlalu masam dan jgn juga yg manis(tempoyak yg baru,masih terasa durian)nanti jadi bubur durian pulak!Paling sedap kalau bubuh ikan patin campur petai.


Gulai tempoyak ikan org sungkai [gruga

siang ikan dan lumur kan ikan tu dengan asam jawa pastu biarkan seketika tumbuk cili padi,kunyit hidup,bawang merah,bawang putih dan sedikit halia(haliah nak hilang kan angin tempoyak.)pastu bancuh lah tempoyak dngan sedikit air supaya tak berketul2.ada setengah tempat diaorg tumis dulu bahan2 yg ditumbuk tadi,petuanya sebab takmo sakit perut.pastu masak lah seperti biasa.selepas ikan dibasuh masuk kan kedalam gulai tadi yg ditambah sedikit air tadi lagi..nak sedap lagi gulai tempoyak ikan sungai ni campur kan sekali pucuk paku atau taugeh kasar


IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK [NoorMasri]
Bahan-bahan:
1 kilo ikan patin
4 tangkai daun kesum
1 keping asam gelugur
2 btg serai
20 tangkai cili api
3 sudu besar tempoyak
1 cm kunyit hidup
4 cawan air
garam secukup rasa

Cara membuat:
Kunyit dan cili api ditumbuk, serai dititik masukkan ke dlm periuk diikuti asam keping, garam, ikan, daun kesum dan tempoyak
Masukkan air (kalau kurang boleh ditambah sehingga ikan kelihatan tenggelam).
Didihkan atas dapur hingga ikan masak


Ikan Patin masak tempoyak [rodriguez]




Bahan-bahan



4 ekor ikan sungai ( dipotong kecil ).dalam kes ni pakai ikan patin lah.

20 biji cili padi

1 mangkuk kecil tempoyak (ikut suka )

1 inci kunyit hidup

2 ulas bawang putih

2 ulas bawang merah

2 batang serai

1 biji kelapa



Cara memasaknya



Bersihkan ikan tadi dan di gaul bersama garam dan kunyit. Ketepikan.

Kisar cili padi,bawang merah & putih dan kunyit hidup

Serai dititik.Masukkan bahan kisar,tempoyak,serai,ikan dan santan cair ke dalam periuk.Masakkan selama kira-kira 5 minit dan masukkan pula santan pekat

Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Biarkan sehingga pekat.

Kuah hendaklah dikacau selalu supaya tidak pecah minyak.

Sedia dihidangkan.







IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK [bebeh]



Bahan bahannya:-



- 1 ekor Ikan Patin (kalu tak ada ikan patin ikan cencaru pun boleh)

- 5 sudu besar Tempoyak Perak

- 5 biji bawang merah

- 3 biji bawang putih

- 15 biji cili padi

- 1 batang serai (di ketuk)

- 5 helai daun kesom (di ikat)

- Air ikut saiz periuk

- Garam sesedap rasa



Cara Menyediakannya:-



1. Siang ikan patin dan potong ikut suka.

2. kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan tempoyak.

3. masukkan bahan bahan yang dikisar tadi kedalam periuk dan masukkan

air. Letakkan diatas api masukkan serai dan daun kesom tunggu hingga

mendidih.



4. Masukkan ikan dan garam ikut rasa sendiri. Tunggu hingga ikan masak dan

boleh dihidang

No comments:

Post a Comment