Wednesday, April 10, 2013

Kuah Asam Tumis Cili Hidup..[putubambu]

Bahan-bahannya :

1. Cili hidup - 3 atau 4 biji (ditumbuk)

2. Bawang merah - 3 biji (ditumbuk sekali selepas cili)

3. Halia - 2 batang (diketuk sikit)

4. Ikan 2 atau 3 keping (paling sedap ikan tenggiri)

5. Air 5 cawan (atau 1 jug kecik pun boleh.. ikut suka nak byk mana)

6. Air asam Jawa (pekat)

7. Sedikit garam



Cara Memasaknya :

1. Panaskan minyak dlm 3-4 sudu dalam periuk

2. Tumis bahan yg ditumbuk dan diketuk di atas selama 5-6 minit

3. Bila dah garing sikit... masukkan ikan tadi

4. Masukkan sedikit air

5. Masukkan asam keping

6. Kacau sehingga mendidih

7. Bubuh sedikit garam



asam rebus [mrs_livingstone]



BAHAN:

*Ikan

*bawang putih+merah+besar dimayang

*asam keping

*lada kering(blend)

*air

*garam+gula

*lengkuas hiris nipis2/mayang


CARA:

*campak aje seme sekali dalam periuk,kecuali ikan

*biar mendidih lama...lama tau biar rasa asam garam dia tuh...

*baru letak ikan(tp ada gak org campak seme sekaligus)

*bila ikan masak...angkat lerrrrr

No comments:

Post a Comment