Wednesday, April 10, 2013

SAYUR GORENG

SAYUR-GORENG

Pucuk Paku Goreng Budu
 

Bahan
500 gm pucuk paku > potong dan bersihkan
3 urat kacang panjang ]
2 s/b minyak
2 s/b budu

Bahan Tumbuk
50 gm ikan bilis
5 tangkai cili merah
10 tangkai ciliapi
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sayur pucuk paku dan budu. [jangan masukkan garam sbb budu dah masin]
3. Kacau rata dan tutup kuali sebentar.
4. hidangakn dalam pinggan bersama nasi putih.





Rojak Buah


Bahan [agak-agak jer]
mangga muda
nenas
jambu batu
jambu air
sengkuang
betik muda
semua bahan hiris kecil dan nipis]


Kuah Rojak
Bahan

15 biji cili api tumbuk
1/2 cawan air asam jawa
1 s/b belacan
1 s/b petis udang
1 cawan kicap lemak biasa
3 s/b gula
1 s/b bijan goreng tanpa minyak
1/2 cawan kacang tanah, digoreng dan dtumbuk kasar

Cara:
1. Mesinkan csemua bahan.
2. Masakkan sebentar.
3. Bila telah sejuk masukkan kacang tanah tumbuk dan bijan.

[Kuah rojak ni boleh disimpan lama..]




SAYUR BENDIR MASAK TAUCU

Taucu Bendir

Bahan

300 gm bendi [kecil - besar jari telunjuk]
2 sudu besar minyak
3 ulas bawang putih [mayang]
6 ulas bawang merah [mayang]
2 cm halia [mayang]
3 biji lada merah [mayang]
2 biji lada hijau [mayang]
1 labu bawang besar [mayang]
2 biji tomato [belah4]
1/2 cawan taucu manis
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan air
Secubit gula

Cara:
1. Basuh bendi dan potong kedua hujung.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yg dimayang. Biarkan sehingga wangi.
3. Masukkan taucu, air asam jawa, tomato & gula. Biarkan mendideh dan masukkan bendir.
4. Biarkan mendideh sekali lagi dan tutup api.
5. Hidangkan dengan nasi putih dan ikan goreng.


Tumis Sawi

Tumis-Sawi

Bahan
300 g sawi hijau
50 gm kobis
1 tangkai cili merah ]
2 ulas bawang merah ] hiriskan
1 ulas bawang putih ]
1 s/b udang kering [ramaskan]
minyak
garam

Cara
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah dan bawang putih dan udang kering sehingga wangi.
2. Masukkan sawi, kobis, cili dan garam. Kacau rata.
3. Bila telah layu tutup api dan hidangkan.



 

Tahu Sumbat

TahuSumbat

Bahan
4 keping tahu putih
timun
carrot
minyak

Cara
1. Tahu dibasuh dan gorengkan sehingga masak [golden brown]
2. Angkat tahu dan sejukkan
3. Tahu dipotong 2 dan belahkan dalamnya untuk memasukkan sayuran.
4. Parutkan carrot dan timun. gaulkan.
5. Masukkan sayuran dlam belahan tahu.
6. Hidangkan dengna sos cili atau sos kacang.

Sos Cili
5 biji cili merah
5 biji cili kering [rebus]
1 ulas bawang putih
1 s/b gula
1 s/b cuka
1 cawan air
1 s/b tepung jagung [bancuhkan dengan sedikit air]
garam

Cara
1. mesinkan semua bahan kecuali tepung jagung sehingga halus.
2. Panskan bahan cili sehingga emndideh.
3. Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan agak pekat sikit.
4. Tutup api dan biarkan sejuk. 

 

Pucuk Paku Goreng Belacan


Pokok Sayur Paku ialah sejenis pakis yang hidup biak di tanah lembap di kawasan-kawasan cerah atau sedikit teduh. Pokok ini dipergunakan sebagai perubatan tradisional Melayu, dengan jusnya diminum untuk merawat demam.
Pucuknya boleh dimasak saperti sayur lemak ciliapi, kerabu, goreng belacan, rendang, atau direbus sahaja dan dicicah ngan sambal belacan.



Bahan2 ikat pucuk paku
2 tangkai cli merah [hiriskan]
2 ulas bawang merah
3 s/b minyak
garam

Bahan Tumbuk
6 tangkai ciliapi [jika mahu pedas boleh tambah]
3 cm belacan
1 s/b udang kering

Cara
1. Pucuk paku hanya diambil daun hijau sahaja. Basuh dan toskan.
2. Tumiskan bahan tumbuk dan bawang hiris dan masakkan sehingga wangi.
3. Masukkan daun pucuk paku, cili merah dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan air dan kacau lagi sehingga sayur lembut.
5. Angkat dan hidangkan dalam pinggan.
 

Peria Masak Taucu



Bahan
1 biji sayur peria
3 s/b taucu manis
1/2 cawan air
5 biji cili api [jika suka]
minyak

Bahan Hiris
1 labu bawang besar
3 uals bawang putih
3 biji cili hijau
2 biji cili merah

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
2. Masukkan air dan taucu. Kacau rata dan masukkan peria dan cili api.
3. Biarkan mendideh dan pekat.
4. Hidangkan dengan nasi putih dan ikan goreng.

No comments:

Post a Comment