Thursday, January 8, 2015

BIHUN GORENG

Walau nama sama namun rasa tetap berbeza. Olahan dan bahan yang berbeza menghasilkan rasa yang berbeza. Semua sedap2 ada yang mengguna belacan dan sebaliknya. Hasilnya tetap marvelous..sedap ikut citarasa masing-masing.


bihun-goreng-sedap Fiza

Assalamualaikum, Resepi yang saya ingin kongsikan hari ini adalah bihun goreng sedap. Ini adalah resepi teman sepejabat yang sering menerima tempahan tiap kali ada acara atau majlis-majlis kecil yang lain. Sekali lihat bihun goreng semuanya sama sahaja kan. Bila di risik-risik rupanya bihun goreng yang saya klasifikasikan sebagai sedap ini terletak kepada sambalnya yang di masak terlebih dahulu sehingga pecah minyak dan di adun bersama bihun dan bahan-bahan yang lain ketika proses menggoreng.

Sambal ini selalunya di buat dalam kuantiti yang banyak dan di masukkan ke dalam bekas kedap udara, seterusnya di simpan ke dalam peti sejuk. Jika pulang dari pejabat mudah sahaja kerja memasak di mana cili tersebut boleh juga di gunakan untuk menggoreng nasi, mee, masak sambal tumis, asam pedas dan banyak lagi ikut citarasa dan kreativiti kita. Jom kita lihat, bahan-bahan apa lagi yang di perlukan untuk bihun goreng ni.

SAMBAL / PES CILI (Masak dalam jumlah yang banyak & simpan untuk masak menu lain juga) 40biji cili kering - di rebus dan tapis (agar bijinya keluar)
1/2 inci belacan 2 labu bawang besar
 1 sudu besar minyak masak
1 keping asam gelugur

CARA MEMBUATNYA :

1. Kisar semua bahan-bahan kecuali asam gelugur. Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan juga asam gelugur ke dalam cili yang di masak agar pes tersebut tahan lama.
2. Pes cili ini boleh di simpan di dalam peti sejuk dan menjimatkan kerja memasak. BAHAN

UNTUK BIHUN GORENG SEDAP
400gm bihun (sepaket) - di rendam di dalam air biasa hingga lembut dan toskan
100gm udang basah (boleh juga gantikan dengan isi ayam jika suka)
100gm sotong 50gm sayur sawi - di potong
50gm kobis - di racik secekak taugeh
1/2 cawan sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat garam & gula secukup rasa Ajinomoto (jika suka) - Boleh gantikan dengan kiub ikan bilis
1/2 cawan air

BAHAN SAMPINGAN (UNTUK DI TABURKAN ATAS BIHUN)
Telur - di buat dadar Tahu - di goreng dan hiris nipis DI TUMBUK 3 ulas bawang putih 2 ulas bawang merah

CARA MEMASAK
1. Tumis bahan yang di tumbuk hingga wangi dan masukkan dua senduk kecil (dalam 1/2 cawan) pes cili yang di masak tadi sambil di kacau.
2. Masukkan pula kicap pekat, sos tiram, sos cili, udang dan sotong. Kacau hingga sebati dan masukkan pula sedikit garam, gula dan kiub ikan bilis dan air. Masak hingga mendidih.
3. Seterusnya masukkan bihun di ikuti dengan sayur-sayuran dan kacau hingga bihun lembut serta sebati dengan bahan-bahan yang di tumis tadi.
4. Akhir sekali masukkan taugeh dan kacau sebentar. Jika bihun telah secukup rasa bolehlah matikan api dan hidangkan.

resepi-mihun-goreng-paling-sedap Hairul

resepi-bihun-goreng-mudah-tapi-sedap Zaila

Bahan-Bahan

- 2 atau 3 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- 3 sudu cili boh (kalau nak guna cili kering pon boleh, kisar dahulu bersama bawang)
- 3 sudu sos tiram - 3 sudu sos cili
- 3 sudu kicap (atau lebih)
- isi ayam yang dipotong dadu - bebola ikan
- sayur sawi, tomato & taugeh (tapi aku jarang makan taugeh)
- bihun (rendam dahulu supaya lembut)
- garam dan gula secukup rasa
- keropok ikan Kalau nak sedap, haruslah didatangkan pakej bersama air lada.

Jadi bahan-bahan mudah untuk menyediakan air lada :
- 4 atau 5 biji cili merah kecil (cabai)
- 2 sudu garam
- 4 atau 5 sudu gula
- cuka sedikit

Tumbuk semua kasi lumat kemudian masukkan cuka untuk kasi berair.
Kalau tak nak guna cuka, gantikan dengan air limau nipis..Perghhhh terbayang kesedapanya!

Cara-cara untuk goreng bihun mudah :
- panaskan minyak dalam 2 atau 3 sudu (tengoklah kalau nak berminyak letak lebih tapi mesti korang nak jaga kesihatan kan) - tumiskan bawang dan cili boh sampai naik bau (kalau takde bau, agak-agakler jangan sampai hangit)
- masukkan segala sos yang tersenarai tadi, lagi banyak sos lagi sedap (kalau nak tambah stok ayam pon boleh tapi rumah aku takde) dan juga garam gula kasi rasa terus
- masukkan isi ayam, bebola ikan kemudian tambahkan air suam supaya berkuah sedikit (atau banyak ikut suka) - masukkan bihun yang sudah lembut
- gunakan kekuatan tenaga untuk kacau sehingga sebati - masukkan sayur dan siap (kalau nak rasa dulu pun boleh juga, mana tahu nanti termasin ke)
- hidangkan bersama keropok goreng dan air lada Memang melelehlah makan bihun ni. Oh! Tiba-tibaku rasa perut ini berkeroncong sudah! Gambar di atas adalah gambar daging masak hitam yang menggunakan pes

Warisan yang aku kongsikan di entri di bawah. Memang sedap dan mudah untuk menyediakannya.
Tak perlu nak tumis bawang atau kisar rempah dah. Hanya panaskan kuali, masukkan pes dan daging kemudian tambahkan air.
Masak sehinga daging empuk. Boleh tambah kentang, bawang dan cili sebagai penyeri. Anak-anak aku memang bertambahlah makan kalau masak guna pes ni.

5-bihun-goreng-kampung-resepi-mudah Iniblogcik

bihun-goreng-sufi-yang-tersangatlah




No comments:

Post a Comment