Wednesday, April 10, 2013

RENDANG

RENDANG ITEK [hanieliza]

Bahan-Bahan:
1 ekor itek
1/2 kg pati santan
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
1/2 cawan kerisik
1 helai daun kunyit [mayang halus]

Bahan untuk dimesin
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 cili kering
15 biji cili api
1 s/b lada hitam

Cara:
1. Itek di bakar/layurkan atas api dan potong kecil.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali besar dan kacau hingga sebati.
3. Gunakan api yang sederhana masak sehingga itek empuk dan kuahnya sebati.
4. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan.



RENDANG AYAM ISTIMEWA [bebeh]

 Bahan-bahannya:-
- 1 ekor ayam - di potong kecil kecil iku selera sendiri
- 2rm pati santan
- 3 sudu besar krisik segera
- 2 helai daun kunyit - di hiris hiris

Bahan-bahan yang dikisar:-
- 1rmcili kering
- 6 biji bawang kecil
- 4 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
- 1/2 inci lengkuas
- 4 batang serai

Cara Menyediakannya:
1. Masukkan pati santan kedalam kuali dan masak sehingga menjadi minyak
dan santan berketul ketul macam taik minyak, gaul sentiasa supaya tak
hangit.
2. Masukkan bahan kisar kacau kacau sampai wangi dan masukkan ayam
gaul lagi dan biar sampai ayam empok, selalu di perhati dan kacau supaya
tak hangus bawah.
3. Bila ayam nampak macam dah masak masukkan krisik dan daun kunyit gaul
lagi dan masukkan garam dan ajinomoto kemudian bolehlah dipadamkan
api.



RENDANG AYAM [hanieliza]

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
1/2 kg pati santan [1 biji kelapa]
Garam
1/2 cawan kerisik
1 helai daun kunyit [mayang halus]

Bahan untuk dimesin
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 cili kering
15 biji cili api

Cara:
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali besar dan kacau hingga sebati.
3. Gunakan api yang sederhana masak sehingga ayam empuk dan kuahnya sebati.
4. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan


Rendang Pedas Ayam [nurul_anati]

Bahan2..
7 ketul ayam
2 helai daun kunyit - hiris nipis atau koyak2
sedikit asam keping/air asam jawa
bwg besar + bwng putih + halia dihiris nipis
santan - kalau beli yg siap perah rm1 seplastik tu, biasanya akak letak 1/2 je utk resepi ayam banyak ni..

blend..
10 biji cili kering
1/2 biji bawang besar
1 biji bawang putih
sedikit jintan manis
halia
lengkuas
kunyit hidup/serbuk kunyit
2 btg serai

cara2..
1. Tumis bahan yg diblend smpai naik bau. Masukkan bahan2 yg dihiris (bawang & halia).
2. Bubuh asam keping/air asam jawa.
3. Masukkan ayam & biarkan smpai ayam masak. Kalau kering tambah air ye puan2..
4. Bubuh garam & gula (sikit je..)
5. Kemudian masukkan santan dan biarkan smpai naik minyak. Masukkan plak daun kunyit.
6. Kalau suka pekat, biarkan masak ngan api kecil smpai kuah jadi pekat.


RENDANG AYAM [beeboy]


Bahan-bahan:
1 ekor ayam (xkiralah ayam apa asalkan kategori ayam)-dipotong sederhana
Pati santan utk 2 biji kelapa
50 ulas cili api
3 batang serai
3 buku kunyit hidup (dlm 2-3cm panjang)
Garam
Asam keping

Cara Membuatnya:
Mula2 basuh ayam tu & masukkan ke dalam kuali
Tumbuk/blender cili api bersama kunyit hidup & gaulkan bersama ayam tadi..
Setelah digaulkan ayam tadi..jerangkan di atas api sehingga air ayam tadi kering..masukkan 2-3 keping asam keping & serai yg telah ditumbuk..
setelah air ayam kering..masukkan pati santan tadi & garam..
kacau santan tadi supaya jgn pecah santan tersebut..besarkan api..kacau hingga menjadi kering..
kmdn kacau hingga terbit minyak & pati santan tadi menjadi kehitam2an..
kecilkan api tadi..bila pati santan dah menjadi kehitam2an..padamkan api..
bolehlah dihidangkan & dimakan dgn nasi atau apa sahaja...
rendang nie boleh tahan selama seminggu..kalau kita kerapkan panaskan lagi sedap rasanya...

Note : Ini adalah rendang Negeri Sembilan


RENDANG AYAM DGN NANGKA [bebop]

1 ekor ayam (kalau boleh ayam kampung)
2 mangkuk nangka muda (rebus sampai empuk)
1 mangkuk kecil cili padi
1 mangkuk cili kering }
10 ulas bawang merah } BLEND
5 ulas bawang putih }
1 inci kunyit hidup }
3 batang serai (ketuk)
3 helai daun kunyit (siat-siat)
Santan dari 2 biji kelapa (yg pekat je)
Kerisik

Tumis bahan yg di blend dgn serai sekejap then masuk kan ayam. Biar sekejap dlm 10 minit (ni untuk keringkan air ayam tu) baru masukkan santan dgn daun kunyit. Biar sampai ayam empuk dan bila santan nak dekat kering, masukkan kerisik dan nangka. Lepas tu masukkan garam, gula sikit, dan pak aji sikit then kacau sampai sebati sampai kering.

ps. Kadang-kadang mak saya gunakan nangka yg nak dekat masak, maknanya dia masih keras tapi kaler dia dah kuning sikit. Bezanya nangka tu manis sikit.


[Ayam Percik Kuah Putih [hanieliza]

Bahan:
2 kg ayam [potong 4 keping]
3 cawan santan kelapa pekat dari 1 1/2 biji kelapa
1/2 cawan airasam jawa
1 s/t gula
garam secukup rasa

Rempah ratus..mesin halus
4 biji bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
2 camca makan ketumbar
1 camca makan jintan putih
1 camca teh lada hitam

Cara
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama campuran rempah ratus, santan dan asam jawa sehingga sederhana masak (airnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam dengan beberapa kali.
4. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya.
5. Hidangkan dan hiaskan sedikit bersama telur yang dimasak.

NOTA: Boleh ditukarkan ayam kepada ikan tetapi ikan tu tak perlu direbus dgn santan...cuma masakkan bahan kuah sehingga pekat. Ikan tu dibakarkan dan percikkan kuah tu saja dan bila menghidang..curahkan kuah keatas ikan.


AYAM PERCIK [hanieliza]

Bahan:
2 kg ayam [potong 4 keping]
3 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari 1 biji kelapa ]
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula
1 s/t halba
garam secukup rasa

bahan mesin halus
20 tangkai cili kering
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai

Cara
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya. [boleh juga panggangkan ayam menggunakan pemanggang ikan tu]
4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.

NOTA: Boleh ditukarkan ayam kepada ikan tetapi ikan tu tak perlu direbus dgn santan...cuma masakkan bahan kuah sehingga pekat. Ikan tu dibakarkan dan percikkan kuah tu saja dan bila menghidang..curahkan kuah keatas ikan.



Ayam percik spesial [periperi]

Bahan2nya:
1 ekor ayam yang agak besar (dipotong 4 dan di kelar-kelar sedikit supaya masak di dalammya dan ditoskan airnya)

Bahan A: (diblender dengan sedikit air)
3 batang serai
2 inci halia
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah

Bahan B:
1 1/2 cawan air asam jawa pekat
7 sudu besar gula
garam secukupnya

Bahan C:
6 sudu besar cili kering yang sudah di blender (kalau tak nak pedas kurangkan sikit)
1 cawan santan pekat

Cara2nya:
Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumiskan bahan A sehingga agak kering dan wangi. Masukkan gula, bila agak pekat masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih dan masukkan ayam. Kacau rata.
Tambahkan garam, biarkan ayam separuh masak baru masukkan cili kering. Bila mendidih masukkan santan pekat. Bila kuah separuh pekat, keluarkan ayam tadi kedalan bekas lain. Kacau lagi kuah percik yang tinggal sehingga pekat. Tutup api.
Sekarang bolehlah di bakar ayam tadi sambil dicurahkan sedikit kuah percik keatas ayam tadi.(Jangan dibakar terlalu lama kerana ayam tadi telah pun pun dimasak)


AYAM PERCIK LADA HITAM [hanieliza]

Bahan
1 ekor ayam [belah 4]
2 cawan santan [1 biji kelapa]
1 batang serai [ketuk]
3 keping asam keping
garam

Bahan Mesin
1 s/b lada hitam
5 tangkai ciliapi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit
3 batang serai

Cara
1. Bersihkan ayam.
2. Masukkkan semua bahan dalam kuali dan biarkan mendideh.
3. Keluarkan ayam dan masukkan dalam loyang.
4. Bakar dalam oven pada suhu 200'C selama 20 minit [gunakan api atas]
5. Masskkan kuah yg lebihan sehinga agak pekat.
6. Bila ayam telah garing boleh hidangkan dengan kuahnya.


AYAM GOLEK PEDAS [hanieliza]


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam seberat 1.6 kg
5 helai daun limau purut [koyakkan]
1 biji kelapa [ 3 cawan santan ]
5 biji kentang [buangkan kulit]
3 biji telur ayam [rebus dan buangkan kulit dan gorengkan sikit]
3 batang serai [ketukkan]
garam

Bahan dikisar
4 biji buah keras
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm kunyit
2 cm halia
1 cm lengkuas
15 tangkai cili kering
5 tangkai cili api

Cara:
1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar dan serai hingga wangi.
3. Masukkan daun limau purut serta ubi kentang dan telur rebus yang telah digoreng.
4. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam perut ayam. Jahit leher dan bahagian punggung ayam kembali.
5. Masakkan dalam kuali bersama santan dan lebihan tumisan tadi sehingga agak pekat.
6. Salinkan kedalam loyang dan panggang ayam di dalam oven pada suhu 200'C sehingga masak kekuning-kuningan [dalam 30 minit].
7. Angkat ayam dari ketuhar. Siramkan kuahnya di atas ayam tadi ketika hendak menghidang.


AYAM GOLEK BEREMPAH [hanieliza]

bahan
1 ekor ayam 1.5 kg [dibersihkan dan keringkan]
2 keping asam gelugur

bahan mesin
10 uilas bawng merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil jintan manis
3 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
1. Masukkan semua bahan dan ayam di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
2. Rasakan garam. Balikkan kedudukan ayam supaya rempah kena semua bahagian badan ayam tu.
3. Angkat ayam kemudian panggang di dalam oven 200' C selama 20 minit.
4. Bila masak, letakkan ayam dalam pinggan besar dan tungkan kuahnya diatas badan ayam dan bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri.


ITEK GOLEK [hanieliza]
 
1 ekor itek (dibersihkan dan layurkan diatas api)
2 keping asam gelugur

bahan mesin
10 uilas bawng merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil jintan manis
3 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Cara:
1. Masukkan semua bahan dan itek di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
2. Raskan garam. Balikkan kedudukan itek supaya rempah kena semua bahagian badan itek.
3. Angkat ite kemudian panggang di dalam oven 200' C selama 20 minit.
4. Bila masak, letakkan itek dalam pinggan besar dan tungkan kuahnya diatas badan itek dan bolehlah dihias mengikut citarasa tersendiri.



KERUTUB ITEK [hanieliza]

Bahan
1 ekor itek [potong kecil
2 s/b rempah kari ] dibancuh
2 s/b rempah kurma ]
500 ml santan
2 s/b gula merah
3 s/b minyak untuk menumis

bahan kisar..
100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas baswang putih
1 s/b jintan manis
1 s/k lada hitam

Cara..
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan itek. Biarkan sehingga naik minyak
4. Masukkan santan dan santan, gula dan garam.
5. Masakkan sehingga pekat dan daging itek empuk


Kerutub ayam


Bahan Bahan:
½ ekor ayam ?basuh bersih dan dipotong kecil
1 kotak santan kotak Ayam Brand (kecil)
3 sudu makan rempah kerutub (saya guna rempah kerutub cap Jam)
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 serai ?diketuk
1 inci halia - dihiris halus atau tumbuk ( terpulang)
1 sudu makan kerisek
1 biji tomato ?belah 4
1 asam keping

Cara membuat:
Tumiskan bawang merah, putih, halia dan serai sehingga garing.
Masukkan rempah kerutub. ( rempah ini dicampurkan terlebih dahulu dgn sedikit air menjadi pes)
Bila sudah pecah minyak. Masukkan ayam. Biar sekejap. Masukkan air jika nampak kering sangat.
Bila ayam sudah empuk, masukkan santan kotak tadi. Tambahkan air sedikit.
Kacau selalu supaya kuah masak sekata. Masukkan asam keping.
Masukkan kerisek. Biar lagi sehingga betul2 masak (mendidih)
Sebelum tutup api, masukkan tomato dan garam dan nisse secukup rasa.



KUZI AYAM  Versi 1 [niceghost]

Bahan bahan:
1 ekor ayam di potong 12
Bahan A
10 ulas bawang merah di mayang
5 ulas bawang putih di mayang
3 sm halia

100gm rempah briyani
100 gm tomato puri
1 batang k.k.manis
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 tin susu cair
2 biji cili merah di belah 2
Sedikit kacang pis
Sedikit daun ketumbar
1 biji buah tomato di belah 2
1 sudu besar minyak sapi
Minyak masak n garam

Cara membuat:
1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi dlm kuali. Tumis bahan A hingga berbau.
2. Masukkan rempah briyani, k.k.manis, buang cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Goreng hingga garing.
3. Masukkan tomatol puri, tomato dan susu cair.
4. Apabila mendidih, masukkan ayam dan masak hingga pekat.
5. Taburkan kacan gpeas, cili merah dan daun ketumbar. Masak lagi hingga kering.


Versi 2 [nurin]

1/2 ekor ayam - potong 4 dan goreng

Bahan A
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan B
Kisar/blend halus
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Bahan C
1/2 peket rempah kuzi
4 sudu tomato puree
4 sudu sos cili
4 sudu sos tiram
1/2 cawan susu cair
1 gelas santan pekat
sedikit susu pekat
Serbuk lada putih.
Garam

Tumis bahan A, kemudian masukkan bahan B yang dah digaul dengan rempah dan sos. Masak hingga rempah masak. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan susu cair. Bila dah agak pekat masukkan santan, dan bahan lain.
Kemudian masukkan ayam yang dah digoreng. Boleh tambah bawang goreng, kismis dan gajus.


Versi 3 [hanieliza]  KUZI AYAM

Bahan
1 ekor ayam [potong kecil]
1 cawan susu cair
2 s/b rempah kuzi
5 biji cili merah
2 biji tomato buah [belah 4]
1 labu bawang besar [belah 4]
2 s/b kismis
1 cawan sos tomato
garam
kunyit
minyak

Bahan Mesin
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 cm halia
1 cawan bawang goreng
5 biji cili merah

Cara
1. Ayam dibersihkan dan gaulkan garam dan kunyit. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.
2. Gunakan 3 s/b minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan rempah kuzi dan sos tomato. Kacau rata.
4. Masukkan ayam, susu cair, kismis, tomato buah, bawang besar dan cili merah. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.
5. Hidangkan dengan nasi minyak/nasi putih atau roti.





AYAM PENYET PALEMBANG [cranko21]

Bahan-Bahan A  (untuk merebus ayam):

1 ekor ayam(belah empat)
1 batang serai
2 ibu jari halia
5 ulas bawang putih
2000 ml air
garam secukup rasa

Caranya:

- Ketuk halia, serai dan bawang putih kemudian masukkan ke dalam sebuah periuk yang besar, bersama air, garam dan ayam.
- Rebus ayam selama 20 minit atau sampai ayam timbul.
- Keluarkan ayam dari air rebusan dan segera pindahkan ke dalam bekas berisi air batu.
- Tujuannya ialah untuk menghentikan proses memasak supaya ayam tidak hancur apabila digoreng.
- Ketepikan air rebusan ayam untuk sup dan nasi.
-Biarkan ayam dalam air batu selama beberapa minit kemudian toskan.

Tip: Setelah anda keluarkan ayam daripada air rebusannya, segeralah masak nasi.
Apabila nasi tanak, ayam pun sudah siap untuk digoreng dan dihidangkan bersamanya.

Bahan-Bahan B (untuk goreng ayam):

2 biji telur175 gram tepung beras
50 gram jintan biji (boleh ditambah jika suka. Cuci, toskan dan sangan jintan kemudian tumbuk)
1 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu teh rempah kari daging
1 sudu teh lada serbuk
garam dan air secukupnya

Caranya:
- Dalam sebuah bekas yang besar, satukan semua bahan yang kering.
- Pecahkan telur ke dalam adunan bahan kering ini dan adun hingga rata.
- Tuang air sedikit-sedikit ke dalam adunan sambil mengacaunya. Pastikan adunannya tidak terlalu pekat dan tidak cair.
- Panaskan secukup minyak dalam kuali kemudian celup ayam ke dalam tepung dan gorenglah ayam secara terendam hingga ayam masak.


Bahan-Bahan C (untuk nasi dan sup)

1 kilo beras (cuci dan toskan)
150 gram mentega
1 cawan minyak masak
1/2 cawan minyak bijan
6-8 helai daun pandan
1 batang serai
5 ulas bawang putih (ketuk)
garam secukup rasa
air rebusan (stok) ayam secukupnya

Caranya:

- Tapis secukup air rebusan ayam dan tuang ke dalam periuk nasi. Masukkan mentega, minyak, beras, daun pandan, serai, bawang putih dan garam. Kacau sedikit supaya semua bahan rata dan masaklah nasi seperti lazimnya.
- Untuk supnya, tapis baki air rebusan ayam tadi, tuang ke dalam periuk dan campurkan dengan sebuku kiub stok ayam. Masak hingga kiub larut. Masukkan secukup hirisan daun sup (saderi), daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama ayam dan nasi.

Bahan-bahan D(untuk sambal dan ulam)

2 batang lada merah
3 biji lada padi
10 ulas bawang kecil
3 labu tomato
100 gram ikan bilis goreng
100 gram belacan
secukup ulam (kacang botor, ulam raja, timun, penggaga)

Caranya:

- Goreng lada padi, lada merah, bawang kecil dan belacan selama lima minit. Angkat dan toskan minyaknya kemudian tumbuk bersama ikan bilis goreng hingga lumat
- Sajikan bersama ulam, nasi dan Ayam Penyet.


Bahan-bahan E (untuk Sos Hitam)

1/2 botol sos tiram
1/2 botol air
segenggam gula pasir
sedikit minyak bijan

Caranya:

- Satukan semua bahan dalam periuk kecil dan masak hingga sos mendidih.


Oleh kerana ayam sudah direbus, anda tidak perlu menggorengnya terlalu lama agar ayam tidak keras.
Setelah masak, ayam hendaklah diketuk atau dipenyetkan sebelum dihidangkan.

Jika suka, anda boleh juga buat sambal belacan.
Anda boleh menggunakan lima batang lada merah, 3 biji lada padi, 1/2 camca gula melaka, 1 biji tomato dan 1 sentimeter belacan bakar. Satukan semua bahan ini dan tumbuk hingga lumat.[/size]

No comments:

Post a Comment