Wednesday, April 10, 2013

AYAM SAMBAL

Ayam Masak Merah [cendawan_butang]

bahan2 A :

- ayam (yg dah bersih )

bahan2 B :

- bawang merah ( 5 biji )
- bawang besar ( bawang besar 1 biji )
- bawang putih ( 3 ulas )
- cili kering ( ganti ngan cili boh pun bleh )
- 2 sudu besar kicap ( cap 3 ayam yg paling cendawan suka )
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu kecik cuka
- sedikit belacan
- garam secukup rasa

cara2...
bahan2 B masukkan dlm blender. Blender sampai seme sebati dan hancur secukup rasa...:

amik kuali...masukkan ayam ngan bahan2 yg dah diblend tadi...bukak ler api gas...kalau ader penutup, tutup kuali tuh...jgn lupa masukkan skit air..( pastikan ayam tenggelam dlm air bersama2 rempah yg dah diblend..)

biar kan je ler kuali tuh kat atas dapur...sekali sekali bukak penutup dan kacau skit2...bila seme bahan2 tadi mula mengering..baru lah saudara saudari masukkan minyak masak ( 3 sudu besar )...

ok, sekarang biarkan jer kat atas dapur..tak yah tutup dah...bila dah nampak masak tuh...tutup api..sila hidang sesedap rasa..:D

ok..boleh cuba..senang jer nih..main campak2 jer..lps tuh biar jer kat atas dapur...:

ps:- kalau nak bubuh ajinomoto pun bleh


Ayam Maasak Merah 2 [juita]

ayam perap ngan kunyit,garam,serbuk kari
goreng dan ketepikan.

bawang putih,merah,cili kering dan halia kisar lumat
bawang untuk tumis
tomato puree
minyak
bunga lawang
kulit kayu manis
jintan manis,jintan putih ngan ketumbar tumbuk halus
bawang besar potong bulat-bulat

1. panaskan minyak, masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang,
2. masukkan bahan yang dikisar sampai naik bau.
3. Masukkan tomato puree
4. masukkan bahan yang ditumbuk halus.
5. masukkan ayam yang telah digoreng gaul rata
6. masukkan bawang besar.
hanieliza Hantar pada 5-4-2004 23:57


Ayam Masak Merah ala Aji[ajinomotonosuga]


Bahan.

10 pieces ciken, medium cut, takyah buang kulit, kalo nak diet buang ler.
sos tomate or tomato puree or tomato wholepeeled kasik blend hancus
cili paste
bawang
garlic
cinnamon stick
sudu besor; cummin dan coriander ground
sudu kecik; tiram sos, gula putih
3 bijik buah tomato potong 4 cubes
salt
serbuk lada hitam
half jug ciken stock
halia

cara.

tumis bawang dan garlic dan halia yang dah di mayang halus tuh sampai naik bau kemudian, campak stick cinnamon tuh,

masukkan cili paste cili boh or cili kering blend sendiri, kepedasan tinggi kalo cili kering kecik tuh, mexican one

bila cili dah lain kaler, bubuh garam gula and few dash tiram sos, black pepper ground tuh kemudian dah bau skit bubuh sos tomato ke puree ke wholepeeled yang dah di hancuskan tu

HINT salunya aku bubuh garam gula pepper awal2 masak masa menumis pasal baru paste tu balance pi pada apa bahan besar nanti even sayuran. kalo bubuh last tak balance. cooking salt tak sama power dengan table salt. but better ada table salt kalo nak masin lebih. preferably masakan aku salu kurang garam salu aku pinch saja, one pinch gitu , never use spoon ke apa, kene latih confidence in cooking cenggitu tauu haaa.

dah naik bau besh tu masukkan ketul2 ayam trus, ni jenis tak guren dulu, aku tak gemo guren ayam then masuk, stail kicap pun stail ini.
bior api besor sampai mengelegak, kemudian dah gelegak tuh mediumkan api tutup lepas di kacau samarata

biar dalam 10 minit untuk keluarkan minyak2 ayam dari lemak2 yang ada , bukak tutup kuali tu kasik kacau kasik samarata samarasa bubuh ciken stock setengah jug dan biar api medium, jangan tutup.

another 10 minit bubuh ketulan tomato and another 5 minit the dish is ready. Garnish dengan coriander leaf or celery leaf, side plate with slices timun or salad, makan dengan nasih putih panas2 with orange juice yummy

p.s. kalo masak kicap stail aku pun cam ni cuma instead merah dia hitam pasal soy. aku buh cili gak cuma tadak sos dan buah tomato saja. masak kicap buh kentang wedges dah digureng, dengan beancurd skit. isk lapaar plak hiskk.





 
AYAM MASAK MERAH [hanieliza]



Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos

kacang peas
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.

AYAM MASAK MERAH [meya]


Bahan-bahan:
Ayam (dah digoreng ikut suka nak buat banyak mana)
Bawang merah besar
Bawang putih
Serai yang telah dititik
sedikit minyak - untuk tumis

Yang diblend:
Lengkuas
Halia
Bawang merah kecil/besar (ikut suka)

Cili kering yang sudah dimesin (kalau nak pedas lebihkan)
Tomato puree (ikut jenama mana yang disukai)
Santan
Sedikit kacang peas (kalau suka)

Cara-cara:
Tumis seperti biasa bawang merah,bawang putih dan serai.Bila dah wangi..masukkan bahan yang diblend..bila dah wangi lagi masukkan cili kering yang sudah dikisar tu bagi sampai naik minyak and then baru masukkan tomato puree.Bila dah nampak cantik ajek i.e. dah naik minyak..boleh masukkan ayam dan digaul rata.

Bila dah nampak elok ajek rata tu bolehler tuang santan...kalau boleh jangan banyak sangat.Agak2 cukup untuk melemakkan sikit kuahnya.
Rasa cam dah cukup masak tu.Boleh tutup api and letak kacang peas.Gaulkan.
Sedap makan dengan nasi beriani ker,nasi kaler2 ker..nasi tomato ker..apa2 ler.

Nota :Minta maaf Meya tak tahu nak beri sukatan bahan2nya sebab selama ni Meya pakai letak ikut suka ajek..kalau rajin potong bawang banyak..banyakler Meya bubuh ...kira camtulah. Serupa macam santan tu selalunya Meya bubuh santan kotak tu dalam 1/4 dari kotak tu..and kalau santan paket tu agak2 lebih kurang camtu jugak.


Ayam Masak Merah [sapi]
Bahan-bahannya:
2 biji bawang besar-diblender
6 biji bawang putih-diblender
sedikit halia-diblender
10 batang lada kering-diblender
1 biji bawang merah-di hiris bulat2
kayu manis,bunga cengkih etc
sebatang serai-diketuk
2 biji ubi kentang-dipotong bulat nipis dan di goreng,ketepikan
1 biji tomato-dibelah 4
sedikit kacang peas
2 sudu besar tomato puree
daun ketumbar
garam,serbuk perasa

Peraturannya:
Goreng ayam separuh masak.Ketepikan.Tumis kayu manis etc sehingga wangi.Masukkan serai,bawang hiris bulat tomato puree dan bahan blender.Bila lada sudah garing,masukkan air secukupnya.Tunggu hingga kuahnya mendidih,baru masukkan ayam,kentang dan tomato.Setelah 5 minit,masukkan kacang peas,garam ,serbuk perasa dan daun ketumbar.

gambar ehsan NoorMasri


Ayam Masak Sambal [ajinomotonosuga]


kalo buh rempah bio peram dulu..kalo kunyit pun kene peram nanti masak baru de rasa
ada 2 stail..guren ayam dulu dan tanpa guren ayam dulu
kalo de ikan sambal apa peliknya ayam ke daging sambal..sama je laa

tapi kene la tau beza seafood, whitemeat and red meat aaaa k? kene tahu camna 3 jenis bahan makan tu interact dengan rempah ratus gitu

macam kalo omputih aa seafood salu depa lawan minum champagne pasal nak rasa flavour tu enhanced aaa kalo red meat depa pekene wine kalo whitemeat depa pekene champagne gak

kalo aku plan nak masak aaa ayam sambal, aku tak guren ayam dulu tak buh rempah kaa kunyit kaa kat ayam tuh..campak je kat sambal paste lam wok tuu tutup lepas tu bukak tudung dan masak sampai kuo minyak ayam tuh, nampak ayam tu garing skit..hangit2 skit. tapi aku tak penah suke apa aku masak pun..so tak sedapz..aku tak penting bab sedap2 ni aku penting bab healthy esp sayur tu tak suke kalo masak sampai lunyai ..habissssss lembik


Ayam Masak Sambal Cok[!CoKeLat-RaWkZ]

Cara
1. ayam potong kecik2 perap ngan kunyit...
2. pastu cili blend, serai, lengkuas, halia tumbuk ngan bawang merah, bawang putih... ditumis semuaaa...
3. bila dah garing, masuk ayam tadi.... tutup kuali
4. agak dah kering air ayam, masukkan air asam jawa dan belacan siket..
5. tutup balik..
6. bila ayam betul2 empuk, masuk perasa, garam, gula siket..
7. lastly masukkan hirisan bawang besor..
8. gaul rata..

siap!!



Sweet Sour Chicken [Tillingtan] Meal for 4 people

Stuff you need.
Chicken chest = 2
( di potong lebih kurang 1.5 cm tebal dan saiz sebesar stamp... or ikut suka, kalau tebal sangat, lambat nak masak)

1\2 Red and 1\2 green capsicum
di potong wedges

nenas, sebanyak yg anda suka, di potong wedges

celery 1\2 batang
di potong nipis
Bawang besar 1/2 biji di potong wedges

Brown sugar 2 tbs
Tomato puree 2tbs, boleh dikurangkan
minyak untuk mengoreng

Bahan B :=
jus dari 1\2 biji limau atau lemon

halia lebih kurang sebesar ibu jari, boleh dikurangkan
( grated and di peranh jusnya, kalau susah sangat just use the whole thing!Grated!

Kicap cair Satu sudu besar
Cuka satu sudu kecil

semua bahan in di campur bersama

Bahan C
1 cube chicken stock
100ml air
sedikit tepung jagung
mix these bahan together

cara cara
Panas Kuali
Tumis bawang bersama daging ayam sedikit demi sedikt sampai daging ayam berwarna kekuningan. Keluarkan. di dalam kuali yg sama gorengkan sayur
lebiih kurang 1 minit(tambah minyak jika perlu), keluarkan.
Gorengkan nenas dan masukkan gula merah, bila gula telah sebati, masukkan daging ayam dan bahan B gaulkan.
Masukkan tomato puree dan gaul
Masukkan bahan C dan sayur yg telah di goreng tadi, bila jus telah memekat, padamkan api dan hidang.

P.s garam guna as you like.


AYAM MASAM MANIS [hanieliza]

Bahan2:
500gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 s/k kunyit
1 s/k garam
5 s/b tomato sos
3 s/b cili sos
1 s/k gula
1/2 cawan air
1 biji tomato [potong baji]
sedikit kacang peas
minyak untuk goreng ayam

Bahan mayang:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 biji cili merah
3 biji cili hijau

Bahan hiasan:
daun sup dan daun bawang [potong pendek]


Cara:
1. Gaulkan ayam dgn garam & kunyit.
2. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga masak [jangan garing..nanti ayam keras]
3. Angkatkan ayam dan ketepikan.Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis bahan mayang.
4. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mayang sehingga wangi.
5. Masukkan air,tomato sos,cili sos,kacang peas,tomato buah dan gula.Biarkan sehingga mendideh.
6. Masukkan ayam dan renehkan sebentar.
7. Masukkan potongan daun sup dan daun bawang.
8. Angkat dan hidangkan.


AYAM PEDAS SERAI - noor_hannah

Bahan2:

1 ekor ayam - kerat ikut suka dan goreng 1/2 masak

bahan2 kisar:
5 ulas bawang kecik
2 ulas bawangputih
cili kering (ikut suka banyak mana) (nak tambah cili padi boleh saja)
sedikit belacan
kunyit hidup
halia

lain2 bahan:
1 asam keping
3 batang serai - di titik
1 biji santan
cili padi - saja letak eksyen
sedikit kacang tanah goreng / gajus


CARA MEMASAK:

1. Tumis bahan mesin dan serai sehingga keluar minyak.
2. Masukkan ayam, santan, asam keping, biarkan seketika, sesekali kacau.
3. Lauk ini ala2 sambal kering dia, api kalau nak berkuah pun terpulanglah pada citarasa memasing.
4. Bila sudah masak, taburkan kacang tanah sebagai hiasan.

sedap di jamu bersama nasi putih, ketupat, lontong, nasi impit, lemang, pulut atau roti. bubuh atas pizza pun sodap, dalm bun roti pun sodap, dlm instant puff pun sodap.

selalu kalau kak hannah rasa malas nak masak rendang, kak hannah masak lauk ni je ... ringkas je.



AYAM SAMBAL KICAP [Diela_79]

Bahan
500 gm ayam
1 batang serai [ketuk]
5 helai daun limau purut [koyakkan]
3 s/b sos tamato
5 s/b kicap
minyak
garam [jika perlu]

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1/2 cawan air

Cara
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dengan serai sehingga wangidan garing.
3. Masukkan ayam dan kacau. Biarkan sehingga ayam lembut dan naik minyak.
4. Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap.
5. Masakkan sehingga naik minyak.
6. Hidangkan

No comments:

Post a Comment