Wednesday, April 10, 2013

SAYUR BERLEMAK

SAYUR=BERLEMAK

sebelum terkoban menjadi pajeri


Bahan
20 biji buah kedondong [buangkan kulit]
5 cawan santan pekat [1 biji kelapa]

Bahan Tumis
5 ulas bawang merah ] tumbuk kasar
2 ulas bawang putih ]
1 s/b udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 s/b rempah kari daging[bancuh ngan air]
4 s/b minyak
2 s/b gula merah/putih
2 s/b kerisik
garam

Cara
1. Rebuskan buah kedondong sehingga mendidih dan buah agak lembut
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumis, kulit kayu
manis dan rempah kari yang digaul dengan air. Kacau rata
3. Masukkan santan, buah kedondong dan garam serta gula merah/pasir.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak. 


MASAK LEMAK LABU & KANGKUNG

Bahan
500 gm labu kuning berkulit hijau [muda]
500 gm sayur kangkung
1 s/b udang kering
2 tangkai cili merah
2 cawan air
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 labu bawang besar
garam

Cara
1. Labu dibuangkan biji dalamnya. Potong kecil. [Sekiranya labu tua kulitnya hendaklah dibuangkan]
2. Kangkung dibersihkan dan potong pendek.
3. Masukkan labu, bawang, udang kering, air dan garam dalam periuk. Masakkan sehingga mendideh dan labu lembut.
4. Masukkan santan pekat dan cili merah.
5. Masakkan sehingga mendideh sambil mengacau kuahnya perlahan-lahan.
6. Tutup api dan hidangkan dengan nasi.

semasa balik Kedah baru2 ni kkliza telah membeli rebung jeruk yg dijual di Pekan Rabu untuk dibawa balik ke Kerteh dan masak..
aceli rebung jeruk ni banyak dijual di Kedah dan negeri utara Malaysia...susah nak jumpa kat tempat lain...
harganya sekitar RM4.00 - RM5.00 sekilo..

kakliza terlupa nak amik gambar..so akak jumpa gambar dari tenet...
mungkin ada yg tak pernah tenguk..tapi bila dimasakkan gulai/kari ..aduhhhhh..enak banget dongg....






so kakliza pun masak gulai dicampurkan dengan hirisan daging..masakkan sehingga pekat...
boleh juga gantikan daging dengan tulang [rebuskan lembut dulu] atau udang [masukkan bila rebung dan lembut ]
so far rebung ni kakliza x pernah buat masak lemak ciliapi...
so tak tahulah sedap atau tidak rasanya..



GULAI REBUNG & DAGING



Bahan
500 gm rebung jeruk [rebung hutan kecil]
200 gm daging [hiris nipis]
3 cawan santan [1/2 biji kelapa]
1 s/b kerisik [jika suka]
2 keping asam keping
3 s/b minyak
garam

Bahan Tumis
3 s/b rempah kari daging
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk
2 cm halia ]
1 cm kulit kayu manis
daun kari

Cara
1. Rebung dipotong pendek dan basuh. Rebuskan sehingga agak lembut. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan santan, daging dan rebung dan masakkan sehngga daging lembut.
4. Masukkan garam dan asam keping.
5. Perlahan api. Masak sehingga agak pekat dan naik minyak
5. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.



Bahan-Bahan:
600 gm daging
3 biji ubi kentang [belah4]
5 batang kacang panjang [potong pendek]
1 biji carrot [potong pendek dan kecil]
1 cawan kacang dhal [rebus lembut]
6 biji buah belimbing buluh
4 biji cili hijau
2 biji mangga muda [potong kecil]
2 biji tomato [belah 4]
1 labu bawang besar[belah 4]
2 biji terung bulat [belah 4]
4 cawan santan [1/2 biji kelapa]
1 bungkus rempah kari daging ]
1/2 cawan air asam jawa ] bancuh
4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk atau hiriskan
3 cm halia ]
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara:
1. Potong daging nipis dan kecil. Basuh dan toskan.
2. Belah 4 kentang, tomato, bawang besar dan terung.
3. Panaskan minyak sapi & minyak. Tumiskan bahan yg dihiris sehngga wangi.
4. Masukkan rempah kari daging dan biarkan sehingga naik minyak,
5. Masukkan daging dan santan secukup. Renehkan sehingga lembuk/empuk.
6. Masukkan kacang dhal dan semua sayur yang dipotong.
7. Kacau lagi hingga mendidih dan empuk. Masukkan garam.
8. Masukkan belimbing dan cili hijau sebiji-sebiji.
9. Renehkan sehingga naik minyak lagi.
10. Siap untuk hidangan.



Bahan-bahan
1 sikat pisang muda [pisang emas/lemak manis]
1 gengam ikan bilis
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
2 cawan air
2 helai daun kunyit
garam

Bahan mesin
20 -25 biji ciliapi
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah

Cara
1. Pisang dibuangkan kulit dan potongkan nipis.
2. Rebuskan dengan garam sehingga mendideh dan toskan.
3. Masukkan bahan mesin, ikan bilis dan pisang yg direbuskan dengan air dan renehkan sehingga mendideh.
4. Bila mendideh masukkan santan pekat dan daun kunyit.
5. Kacau supaya tidak naik minyak sehingga nampak mendideh sekali lagi.
6. Rasakan garam dan bila dah mendideh tutup api dan hidangkan.


Pajeri Nenas


Bahan
1 biji nenas [potong kecil]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Cara membuat
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak

Nota Tambahan
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.

Tumis Santan Pucuk Paku


Bahan
2 ikat pucuk paku
1 cawan santan pekat
ikan bilis
1 batang serai ketuk
garam
minyak

Bahan kisar
7 biji cili api
3 biji cili merah
1 sm kunyit hidup
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara
1. Pucuk paku dipotong dan basuh . Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumisklan serai dan bahan kisar sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan santan dan garam. Masakkan sampai pekatdan naik minyak.
4. Masukkan pucuk paku dan ikan bilis. Kacau rata.
5. Rasakan garam dan tutup api.
6. Hidangkan.

Sayur Lemak Kobis


Bahan
1 biji kobis manis [yg kecil dan ada warna hijau sikit2 tu]
1 biji carrot kecil
1 labu bawang besar [mayang]
2 biji cili merah [mayang]
2 1s/besar udang kering/ikan bilis
2 cawan santan pekat
garam ,sikit air

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan renehkan sehingga mendideh.
2. Bila dan mendideh masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendideh sekali lagi.
3. Tutup api dan hidangkan bersama sebarang masakan sambal tumis.

Lemak Ciliapi Cendawan


SAYUR CENDAWAN MASAK LEMAK
[sumber dari DianaA forum cari.com.my dan Resepi.Net]

Bahan-bahannya

3 paket cendawan tiram, dibersihkan
2 paket jagung muda, dibelah dua
1 biji kentang, dipotong panjang
1 ikat su'un, direndam
4 ekor udang, dibersihkan
1 kotak santan
2 cawan air
garam secukup rasa
serbuk perasa, jika suka

Bahan untuk dikisar
1 biji bawang besar
6 batang cili padi Thailand
1 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 cm belacan

Cara-caranya
1. Masukkan kentang dan bahan yang telah dikisar dalam periuk bersama 2 cawan air dan masak sehingga kentang empuk.
2. Bila kentang sudah empuk, sederhanakan api dan masukkan jagung, su'un dan juga udang berserta garam dan serbuk perasa.
3. Setelah jagung setengah masak, masukkan cendawan tiram dan tuang santan. Jika kuahnya kurang boleh masukkan sedikit air lagi. Rasa kuahnya jika kurang garam boleh tambah. Bila kuah mendidih, boleh tutup api dan jangan tutup periuk kasi kuah sejuk baru tutup takut cendawann terlalu layu.

Nota:
Boleh juga letak karot yang dipotong serong, dan jika mahu bila kuah telah mendidih boleh pecahkan telur dan biarkan telur itu masak, baru boleh dihidangkan.


NANGKA BEREMPAH atau GULAI NANGKA TUMIS DARAT
Bahan :
500 gm nangka muda yg kecil
200 gm ikan talang kering
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
2 cawan air
3 s/b rempah lemak atau kari ikan
1 labu bawang besar
garam
Rempah Tumis [hiriskan]
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai daun kari
1/2 s/k halba
1/2 s/k jintan manis

Cara:
1. Nangka dibuangkan kulit dan rebuskan nangka dengan garam sehingga lembut. Toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali bahan tumis dalam periuk.
3. Masakkan sehingga mendideh.
4. Tumiskan bahan tumis dalam kuali sehingga wangi.
5. Tuangkan bahan tumis kedalam periuk gulai ikan tadi.
6. Tutupkan tudung periuk dan biarkan sebentar.
7. Bila nak dihidang kacau perlahan gulai supaya minyak & bahan tumis kelihatan saperti naik minyak


SAYUR LODEH

Bahan-bahan:
    * 90 ml minyak makan
    * 1 1/4 litre santan (daripada 1 1/2 biji kelapa parut)
    * 4 keping daun salam
    * 1 biji lobak merah dipotong - dipotong 1 inci panjang
    * 10 batang kacang panjang - dipotong 1 inci panjang
    * 1/2 biji kobis
    * 3 biji lada merah - dipotong dua
    * 3 biji lada hijau - dipotong dua
    * 2 keping tahu - dipotong 6
    * 2 keping tempe - dipotong 6
    * garam secukup rasa
    * 2 batang serai } diketuk

Bahan kisar:
    * 10 batang cili kering
    * 1 sudu teh serbuk ketumbar
    * 1/2 sudu teh jintan halus      
    * 1/2 sudu teh jintan kasar      
    * 8 biji buah keras
    * 10 biji bawang merah
    * 4 ulas bawang putih
    * 55 g udang kering direndam
    * 1 cm lengkuas
    * 2 in kunyit hidup

Cara membuat:
    * Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
    * Masukkan santan dan daun salam.
    * Setelah mendidih masukkan lobak merah masak selama 10 minit barulah masukkan sayur yang lain.
    * Setelah mendidih, masukkan tahu, tempe dan garam


PAJERI TERUNG/NENAS

       Bahan-bahan:
    * 3 biji terung ( dibelah dua )
    * 1 mangkuk santan pekat
    * 1 paket serbuk kari daging (bancuh dengan sedikit air panas)
    * 1 sudu besar kerisik
    * sejemput udang kering
    * garam & gula secukup rasa
    * minyak untuk menumis

     Bahan untuk menumis:
    * 5 ulas bawang merah (dihiris )
    * 2 ulas bawang putih (dihiris)
    * 2 cm halia (dihiris )
    * 1 inci kulit kayu manis
    * 2 biji buah pelaga
    * 3 kuntum bunga lawang
    * 3 kuntum bunga cengkih
    * 1 tangkai daun kari

     Cara membuat:
    * Panaskan minyak, masukan bahan penumis masak sehingga terbit bau nya
    * Masukkan udang kering dan daun kari  masak hingga wangi
    * Masukkan serbuk kari yang telah di bancuh dengan air, masukkan garam & kerisik masak dengan api perlahan sehingga naik minyak
    * Masukkan santan & gula, bila kuah hampir pekat baru masukkan terung
    * Masak hingga terung lembut


MASAK LEMAK PISANG MUDA

      Bahan-bahan:
    * 1 sisir pisang rastali muda
    * 10 g cili api                }dikisar
    * 1/2 inci kunyit hidup   }dikisar
    * 5 ulas bawang merah  }dikisar
    * kelapa sebiji (diambil santan)
    * 20 g ikan bilis
    * garam secukup rasa

      Cara membuat:
    * Pisang disiat-siatkan sedikit kulitnya dipotong serong setebal 3 sm.
    * Kemudian direbus tetapi jangan empuk takut hancur bila masuk dlm gulai nanti.
    * Perah santan tetapi jgn terlalu cair.
    * Campurkan semua bahan-bahan ke dalam periuk kecuali pisang
    * Didihkan atas api yang sederhana sambil dikacau supaya tidak pecah minyak
    * Bila mendidih bubuhlah pisang tadi bersama garam.
    * Kacau sekejap saja bolehlah tutup api .


PERIA MASAK LEMAK UDANG

      Bahan-bahan:
    * 500 gm udang hidup
    * 1 biji peria
    * 2 cm kunyit hidup
    * 3 ulas bawang merah
    * 2 ulas bawang putih
    * 10 tangkai cili padi
    * 3 cawan santan pekat
    * garam secukup rasa

      Cara membuat:
    * Mula-mula bersihkan udang.
    * Potong peria kemudian rendam selama 20 minit dalam air yang dicampur dengan sedikit garam selepas itu ramas sedikit dan toskan.
    * Kisar kunyit hidup, bawang merah, bawang putih dan cili padi.
    * Masukkan bahan kisar, udang, peria, garam dan santan pekat ke dalam periuk.
    * Masak dgn api yg sederhana. Sentiasa kacau selalu supaya santan tidak berketul.
    * Setelah mendidih lebih kurang 10 minit, angkat dan hidangkan

No comments:

Post a Comment