Wednesday, April 10, 2013

AYAM SUP

[b]Ayam Rebus Alternatif [/b][cokelat rawk]

bahan2:
setengah ekor ayam dibersihkan
bwg merah
bwg putih
halia
ubi kentang (dibelah 4)
Air utk merebus
sedikit stok ayam pekat Maggi

Cara2:
1. Masukkan air dalam periuk.
2. Masukkan bawang merah, putih, halia.
3. Bila menggelegak, masukkan ayam yg telah dibersihkan tadi
4. Masukkan kentang
5. Rebus sampai kentang dan ayam empuk, kendian masukkan stok ayam Maggi sesedap rasa...



[b]tomyam ayam ala orang malas [antiQue][/b]

bawang putih
halia
cili padi
bawang besar
ayam
serai
daun limau purut
kiub / paste tomyam
tomato
kobis panjang

rebus ayam dalam air dengan serai, halia, bawang putih dan bawang besar. dah agak ayam half cooked tu masukkan daun limau purut, dengan kiub.. kacau-kacau.. dah dekat-dekat nak masak tu masukkan tomato dan kobis panjang. Kobis tu tak payah potong-potong.. masukkan ke sekelopak sekelopak tu lagi power.. bior dia panjang-panjang......


[b]TOMYAM BEST[/b]

Nama Resepi : TOMYAM BEST
Hidangan : MENU UTAMA
Anggaran Hidangan : 2

bahan2:
1 paket MAGGI TOMYAM
1 kiub perencah TOMYAM (MAGGI) atau separuh (kalau jenama ADABI)
4/5 batang sawi
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 bahagian dada ayam*
separuh paket fishball
sedikit daun sup dan daun bawang
kicap manis
2 biji limau kasturi
1 biji telur
sedikit minyak untuk menumis
2 1/2 cawan air
2 biji lada besar
4 biji lada kecil

cara penyediaan:
-tumbuk bawang merah dan bawang putih
-lada kecil dibelah dua
-lada besar dipotong
-ayam dipotong kecil (sesedap nak makan) kemudian diperap bersama dengan sedikit kicap dan air limau kasturi
-sawi dipotong
-daun sup dan daun bawang diracik kecil
-fish ball setiap satu dipotong dua

-panaskan minyak di dalam periuk, setelah panas, dimasukkan bawang merah dan bawang putih yg telah ditumbuk halus. bersama itu dimasukkan kiub perencah tomyam dan juga lada kecil tadi.kacau hingga sebati dan naik bau, kemudian masukkan air.

-bila air telah mengelegak, masukkan ayam yg telah diperap bersama dengan fishball. pastikan ayam telah agak masak, barulah dimasukkan batang sawi (daun tidak dimasukkan lagi ya) diikuti dengan perencah maggi yg bersama dengan maggi tadi.

-kacau hingga rasa dah feel good,rasa..masa ni nak tambah garam gula pun bolehlah.kemudian masukkan maggi.

-seterusnya masukkan daun sup, daun bawang, lada besar dan daun sawi.

-kacau kemudian biarkan dua minit kemudian masukkan telur.kacau sedikit..tunggu hingga mengelegak.2 minit then tutup api..sedia utk dihidangkan.



Nota :
* air panas lebih bagus digunakan kerana dpt menjimatkan masa instead of gunaair sejuk dan kena tunggu air tu mengelegak dulu.
*rasional kena tunggu air mengelegak sebelum letak ayam adalah kerana taknak bagi ayam tu rasa hanyir terendam dlm air sejuk.
*ayam tu kalau boleh adalah bahagian tulang sikit. supaya rasa manis ayam tu tak hilang.
[b]
TOM YAM (kuah merah)[cranko21][/b]
(yg ni leceh sikit dari kuah jernih kerana kena tumis sket)

Bahan2 kisar

5 - 8 biji lada padi merah
sedikit halia
1 batang serai
1 biji bwg besar
2 ulas bawang putih


Bahan2 lain

Air secukupnya (agak2 laa)
1 btg serai ?dititik
sedikit lengkuas- dititik
beberapa daun limau ?di koyak2 atau hiris pun boleh
¼ cwn air limau purut atau air limau sambal (ada org pakai air asam ?kalau pakai air asam kurangkan qty)
¼ cwn isi ayam
sedikit udang, sotong & fishball
beberapa sayuran (jagung muda, bungakobis, etc)
garam & gula secukupnya


Cara

Panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan bahan2 kisar hingga naik bau.
Masukkan air, serai & lengkuas dan jus limau, garam & gula. Rasa. Dan biarkan mendidih di atas api sederhana.
Masukkan isi ayam. Birkan kuah mendidih sekali lagi
Masukkan sotong, udang, fishball, sayuran dan limau purut.
Bila semua dah masak.
Matikan api.
[b]
tomyam kuah putih [ahsya][/b]-syah belajar dgn mak angkat thai

ayam - potong 12 (atau boleh guna seafood)
fish sauce
sedikit gula
air limau nipis/kasturi atau lemon

bahan A
serai - titik
akar daun ketumbar - bersihkah pasir dan titik
lengkuas - titik
cili padi merah dan hijau - titik
daun limau nipis - koyak2

bahan B
cendawan tiram
cendawan enoki
young corn
carrot
daun ketumbar


bubuh air dalam periuk dan letak kesemua bahan A dalam air hingga mendidih. masukkan ayam atau seafood and let it boil till the meat masak.

masukkan fish sauce dan adjust ikut rasa. masukkan juga sedikit gula jika suka.

bila dah mendidih skali lagi, masukkan semua sayuran dari bahan B. matikan api dan masukkan perahan limau pada kuah tomyam. siap utk dihidang.

p/s: org thai menggunakan fish sauce bagi menggantikan garam dan gula bagi pengganti bahan perasa.

[b]
tomyam asli dari Bangkok...[Joi-ah][/b]
Joi ni dok Bangkok
so ni meh Joi perturunkan apa yg sebenarnya Joi dok tengok dan belajar dari maid Joi.

Kat sini ada paste tomyam.. for those yg kat Msia leh ler buat sendiri. Nanti ler Joi cuba cari cara sebenar dorang wat paste tomyam ni.

Very simple nyer resipi. Dan ramai org Msia tak tahu bahawa ingredients wajib tomyam asli ialah LENGKUAS... ni pun Joi tau bila Joi duk sini.

Bahan
Serai (hiris dalam 1 inci)
daun limau purut
lengkuas
limau nipis
cili padi

Cara:
daun limau purut (koyak) / serai dan lengkuas (hiris)
rebuskan dalam air... sampai naik bau wangi
bila dah ok.. masukkan paste tomyam
masuk kan garam
masukkan aji (pd yg pakai aji).. kalau tak.. tak perlu
semua dah ok menggelegak
masukkan seafood/ayam/daging
pastu.. potong tomato
dah ok.. angkat
last dah letak dalam mangkuk
baru ler perah limau.


[b]TOM YAM CAMPUR [Kacip_Fatimah][/b]

Bahan:-
2 mangkuk lauk air rebusan tulang ayam
2 cawan campuran udang,isi ayam dan sotong,kalau nak lauk lebih,boleh tambah
1 batang celery dihiris
6 biji tomato thai [warnanya merah dan bujur]
4 batang serai diketuk
cili padi thai [ikut suka - nak pedas,letak lebih]
2 helai daun limau purut
kicap sotong,gula pasir dan perahan limau nipis ikut rasa

Cara:-
1. Masukkan air rebusan serta udang,sotong,isi ayam dan biar hingga separuh masak
2. Masukkan serai dan tomato yang telah dihiris.Tekan tekan tomato biar hancur.
3. Bila dah masak,masukkan celery dan daun limau purut.Padamkan api.
4. Dalam mangkuk hidangan masukkan gula,kicap sotong dan perahan limau nipis.Masukkan tomyam yang sudah siap tadi.Adjust rasa.Boleh dihidangkan.


Nota: Resepi ni saya belajar dari 'Be He',tukang masak siam yang berasal dari Narathiwat.Tomyam dia memang power.Petuanya gula,kicap sotong dan air limau jgn sesekali dimasukkan dalam tomyam atas api

[b]
Tips [ninoZ][/b]

kalau nak menambah sedap tomyam seafood..esp tom yum kung
beli kelapa muda...air kelapa tu masuk dlm stok..pastu korek isi kelapa muda tu masuk dlm tomyam towards the end of cooking..

errr..satu lagi
daun utk po taek kalau dlm bahse thai perkataan nyer camni : ' iโป๊ะแตก' tu..actually dorang guna daun selasih thai..bentuk lebih kurang mcm daun selasih kita tapi bau dia lagi aromatik dan tajam.. infact daun limau purut dorang pun bau dia slightly different ..Cuba Tanya forumner nick Joi ah...mesti dia notice punya[dia dok kat bangkok kan?]
abih2 dah tak dak sgt..guna daun selasih pun boleh [yg bunga purple]
kalau Po Taek kat thai mesti ade straw mushroom..n biasanya dorang siap taruk kupang..sotang udang ketam tu semua dah kira standard la..
kadang2 ade versi yg taruk cili padi kering yg digoreng sebagai taburan bersama-sama dgn daun selasih
beza Po Taek dgn tom yam thalay , tom yam thalay kita taruk nam prik pao [cili panggang atau salu kita pakai tom yum paste je] n Po Taek kita tak taruk nam prik pao..

tambahan..
nak buat Po Taek ni biasanya kita guna stok ikan/seafood..kalau tomyum lain biasanya kita guna stok tulang lembu/ayam



[b]ASAM TUMIS AYAM [NoorMasri}[/b]

[img=224,168]http://img.photobucket.com/albums/v220/noormasri/asamtumis35.jpg[/img]

Bahan-bahan:
1 kg ayam } potong kecil
1 kuntum bunga kantan }hiris
2 btg serai }diketuk
1 sudu besar asam jawa*
2 cawan air *
1 sudu besar gula
5 sudu besar minyak utk menumis
garam secukup rasa

* campurkan air dan asam jawa utk menghasilkan air asam jawa

Bahan kisar:
15 tangkai cili kering
sedikit belacan
2-3 btg serai
5 ulas bawang putih
1.5 cm lengkuas
1.5 cm kunyit hidup
5-6 ulas bawang merah

Cara membuat:
Panaskan minyak. Goreng bahan kisar, bunga kantan dan serai hingga wangi dan naik minyak
Masukkan ayam, goreng sekejap selama 2-3 minit
Masukkan air asam jawa dan biarkan sehingga mendidih
Masukkan gula dan garam secukup rasa
Kecilkan api, renehkan sehingga ayam empuk
Angkat dan hidangkan panas2 bersama nasi putih



[b]ASAM PEDAS AYAM LADA HITAM [Jonah][/b]

[img=256,192]http://img.photobucket.com/albums/v203/noor88/SAJIAN%20SELERA%20-%20LAUK%[/img]

1 ekor ayam goreng

BAHAN MESIN
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2-3 sudu besar cili mesin
1" halia
1" kunyit hidup
1 peket kecil lada hitam biji (anggaran 1-2 sudu)
belacan sebesar ibu jari
1" lengkuas
2 batang serai
1 ikat daun kesum
1 keping asam / air asam jawa
2 biji tomato
10 btg bende

1. Tumis bahan kisar dan serai sehingga pecah minyak.
2. Masukkan air dan asam, biarkan mendidih lama sikit
3. masukkan ayam, daun kesum dan garam.
4. Masukkan tomato dan kacang bende.

Nikmatilah asam pedas ayam ini dengan aroma lada hitamnya.

No comments:

Post a Comment