Wednesday, April 10, 2013

KERABU


Kerabu Kacang Botol

Bahan
20 tangkai kacang botol [hiriskan nipis]
1 cawan kobis [hiriskan]
1 cawan kelapa parut
1 labu bawang besar [hiriskan]
5 biji limau kasturi [ambil jus]
garam, gula

Bahan Mesin
5 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
1 s/b udang kering
 

 

Cara.
1. Masukkan bahan mesin, kelapa dan garam dalam kuali. Kacau sehingga agak kering.
2. Tutup api.
3. Masukkan semua bahan sayuran, gula dan jus asam limau. Kacau rata.
4. Hidangkan.


Kerabu Jantung Pisang


Kerabu-Jantung

Bahan
1 biji jantung pisang [rebus sehingga lembut dan hiris]
1 cawan daun ulam raja [hiris halus]
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
3 s/b jus asam jawa secukupnya
1 s/k gula

Bahan Mesin
1 labu bawang besar
2 batang serai
3 cili merah
5 tangkai ciliapi
segengam ikan bilis
sedikit belacan [jika suka]
garam

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perahkan air asam jawa.
2. Rasakan masin & manis kerabu ini.
3. Hidangkan bersama nasi putih.


KERABU SAYURAN
Bahan
10 tangkai kacang botol ]
2 kuntum bunga kantan ]
3 tangkai daun kesum ] hiris/mayang halus
10 pokok daun selom ]
5 tangkai cili merah ]
1 labu bawang besar ]
1 cawan taugeh
1/2 cawan kelapa [goreng ]
2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isinya]
garam
gula

Bahan Sambal
5 tangkai cil merah ]
5 tangkai cili api ] tumbuk halus
sedikit belacan ]
5 biji limau kasturi [ambil jus]

Cara
1. Gaulkan semua bahan sambal dengan kelapa, isi ikan, garam dan gula.
2. Masukkan sayuran s dan kacau supaya semua rata.
3. Rasakan masam dan masinnya.
4. Hidangkan.


Kerabu Perut
Bahan
500 gm perut [rebus sehingga lembut dan hiris nipis kecil]
5 biji jus limau linpis
1 cawan taugeh [buangkan kakinya]
1 s/b sos ikan
garam dan gula secukup rasa

Bahan Hiris
1 labu bawang besar
2 kuntum bunga kantan
5 tangkai kacang panjang
1 biji cili merah

Bahan Mesin
3 biji cili merah
5 biji ciliapi
3 ulas bawang merah

Cara
1. Gaulkan rata semua bahan dan rasakan masam dan masinnya.
2. Hidangkan ngan nasi putih.



Kerabu Sotong & Suhu

Bahan
500 gm sotong sederhana besar
50 gm suhun [rendam dan celurkan air panas]
3 s/b jus limau nipis
1 s/b sos ikan [boleh gantikan kicap cair + 1 s/k kiub ikan bilis dihancurkan]
1 s/k gula
garam [jika perlu]
2 pokok daun ketumbar [racik kasar]

Bahan Tumbuk
3 tangkai cili api
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih

Bahan Mayang
2 kuntum bunga kantan
1 labu bawang besar
1 batang timun [kecil]
3 tangkai cili merah

Cara
1. Sotong dibersihkan. Buangkan kulit dan potong bulat.
2. Masukkan sotong dalam kuali dan masakkan sehingga keluar airnya.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
4. Rasakan masam dan masinnya.
5. Hidangkan.

Nota;
Masa masak sotong dalam kuali tu jgn masukkan air nanti sotong tu akan berkuah due to sotong akan keluarkan air semasa masak.


Kerabu Betik Muda [Green Papaya Salad]

baru-baru ni kawan kakliza kasi buah betik mengkal..muda putih selepuk..
oleh kerana kami cadang nak buat makan untuk pot-luck lunch so kakliza pun buat kerabu..
bila makan ramai2 ni..aduhai..kerabu lah yg paling best dan dapat sambutan...


 Bahan
1 biji betik muda [anggaran 1.5kgs]
5 urat kacang panjang [racik kasar]
3 biji limau nipis [ambil jusnya]
2 biji tomato buah [potong dadu kasar]
2 s/b sos ikan
1/2 cawan kacang tanah [goreng dan tumbuk kasar]
1 pokok daun ketumbar [racik kasar]
2 s/b gula
garam

Bahan Tumbuk Kasar
3 biji cili merah
5 biji ciliapi
2 ulas bawang putih

Cara
1. Betik dibuangkan kulit dan bijinya. Parut kasar [gunakan magic shredder] atau cincang panjang. Basuh dan toskan.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang tanah dan daun ketumbar.
3. Gaulkan sebati dan rata.
4. Masukkan kacang dan daun ketumbar. Gaulkan.
5. Rasakan manis dan masinnya.
6. Hidangkan.




KERABU BELIMBING BULUH

Bahan A [Hiris]

10 biji belimbing buloh
1 biji timun
2 kuntum bunga kantan
1 labu bawang besar

Bahan C [tumbuk]
5 biji cili merah
1 s/b lada hitam
belacan

Bahan C
1 cawan santan pekat [1/2 biji kelapa]
garam
gula

Cara
1. Masukkan semua bahan dan gaulkan rata.
2. Rasakan garam dan gulanya.
3. Hidangkan.

AIR ASAM BELIMBING

Bahan
5 tangkai cili merah
10 tangkai ciliapi
1 s/k belacan
garam
buah belimbing [hiriskan]

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali belimbing dal blender dan mesin kasar.
2. Masukkan buah belimbing .
3. Hidangkan dengan sayuran ulam.

Urap

hari ini kkliza masak nasi lemak..
macam biasalah..sambal ikan bilis..timun hiris.. telur rebus [kkliza buangkan kuning tu ..elakkan kolestrol] , ikan bilis & kacang goreng,..dan juga kangkong rebus..
tapi kkliza tringin nak makan urap..
so kkliza pn goreng kelapa.. buat sambal..bakar ikan sikit ..dan gaulkan semua...dengan sayuran mentah saperti togeh, kacang panjang hiris, daun ulam raja,...perah limau..

jom kita ltenguk urap tu..tapi nasi lemak tu kkliza maleh amik gambo..bayangkan jer laaa yer...


URAP

Bahan
1 mangkuk taugeh [bersihkan dan basuh saja..jgn rebus]
3urat kacang panjang ]
1 pokok daun ulam raja ] hiriskan
1 labu bawang besar ]
1 ekor ikan kembung bakar [peroikan isinya]
1 s/b udang kering [tumbuk ]
3 s/b s/b kelapa goreng
2 biji limau [ambil jus ]

Sambal [tumbuk]
3 tangkai cili merah
3 tangkai ciliapi
belacan
garam
gula

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaulkan rata.
2. rasakan garam dan gulanya
3. Hidangkan dengan nasi putih.


Kerabu Rampai


Bahan
300 gm perut [rebus sampai lembut dan hiriskan kecil]]
100 gm taugeh segar
5 biji cili merah
10 biji ciliapi
1 pokok lettuce hijau panjang
1 labu bawang besar
3 urat kacang panjang
5 urat kacang botol/kelisa
3 pokok daun selum
3 batang serai [hiris nipis]
3 biji limau nipis [ambil jusnya]
garam

Cara.
1. Hiriskan bahan sayur mengikut suka hati.
2. Gaulkan semua bahan dan rasakan garamnya

Kerabu Mangga Muda

Bahan
2 biji mangga muda [parutkan isinya]
1 biji timun [buangkan biji tengah dan parutkan ]
5 tangkai kacang panjang [potong kecil]
1 kuntum bunga kantan [hiriskan]
2 labu bawang besar [mayang ]
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
daun ketumbar hiris [ambil daun sahaja]
1/2 cawan kacang tanah [tumbuk kasar]

Bahan Mesin
3 tangkai cili merah
5 tangkai ciliapi [kalau nak pedas boleh tambah]
3 s/b cuka campuran [jus limau ]
4 s/b air
garam
gula

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar.
2. Masukkan bahan mesin dan gaulkan rata.
3. Hidangkan.


KERABU MANGGA MUDA

      Bahan-bahan:
      600 gm mangga muda         } diparut
      4 sudu besar udang kering  } dimesin
      6 ulas bawang merah        }dimayang halus
      10 tangkai cili padi       } ditumbuk-jika suka pedas boleh tambah lagi
      2 sudu besar sos cili
      2 sudu besar sos tomato
      2 sudu besar sos plum
      1 ½ sudu besar gula       } mengikut citarasa
      1 sudu kecil garam         } mengikut citarasa
      bijan } hiasan

      Cara membuat:
      Campurkan mangga dengan semua bahan di atas. Gaul sebati sedia untuk dihidangkan.


Kerabu UdanG

      Bahan-bahan:

      500 gm udang sederhana } dibelah belakang
      6 ulas bawang merah } dimayang nipis
      2 batang bunga kantan } dimayang nipis
      4 batang serai } dihiris nipis
      2 biji cili merah }
      5 biji cili padi    } dikisar bersama
      sedikit belacan  }
      4 sudu besar kelapa parut } digoreng kekuningan
      3 sudu besar santan pekat
      1 ½ sudu besar gula
      garam secukup rasa
      air limau nipis secukup nya

      Cara membuat:
      Udang dicelur sekejap dan campurkan dengan semua bahan. Kacau sebati sedia untuk dihidangkan.


KERABU JANTUNG PISANG

      Bahan-bahan: 
      2 biji jantung pisang
      5 gm udang kering
      50 gm sambal belacan
      40 gm kelapa parut } digoreng hingga perang kemudian ditumbuk
      20 gm santan pekat
      2 biji limau nipis
      garam dan gula secukup rasa
      2 batang serai                    }
      3 helai daun limau purut      }
      1 kuntum bunga kantan      }
      10 ulas bawang merah       } dimayang halus
      10 tangkai cili padi            }
      5 tangkai cili merah           }

      Cara membuat:
      Jantung pisang direbus hingga masak. Toskan airnya dan dipotong halus-halus.
      Campurkan semua bahan-bahan  diatas dan digaul sebati sebelum dihidangkan.


KERABU PUCUK PAKU

Bahan-bahan:

      1 ikat pucuk paku
      2 ulas bawang merah
      6 biji cili merah
      10 tangkai cili padi
      10 gm belacan
      10 ml santan pekat
      30 gm kelapa parut } digoreng hingga perang dan ditumbuk
      2 batang serai
      30 gm udang kering
      sedikit air limau nipis
      gula dan garam secukup rasa

      Cara membuat:
      Pucuk paku diambil daun dan batang muda kemudian dicelur.
      Belacan dibakar dan ditumbuk bersama cili merah. Campurkan bersama pucuk paku.
      Selepas itu masukkan pula udang kering, bawang merah yang telah dihiris beserta cili padi yang dipotong halus.
      Gaul sebati kesemua bahan tersebut barulah masukkan kelapa goreng dan santan pekat.
      Akhir sekali masukkan sedikit air limau nipis, gula dan garam secukup rasa.


KERABU PUCUK PAKU ALA GANU

      Bahan-Bahan:
      2 ekor ikan kembung/selayang
      500 g pucuk paku
      250 g taugeh
      3 ulas bawang merah kecil
      1/2 biji kelapa parut
      10 tangkai cili padi
      1 biji limau nipis
       garam secukup rasa

      Cara membuat:
      Pucuk paku dipotong kecil dan dicelur dalam air mendidih beserta sedikit garam hingga masak kemudian toskan airnya.
      Taugeh dicelup selama 3 minit di dalam air mendidih kemudian toskan airnya.
      Ikan di panggang hingga masak kemudian diambil isinya dan ditumbuk hingga hancur tanpa menggunakan air.
      Kelapa parut ditumbuk sedikit hancur kemudian dicampurkan dengan isi ikan yang telah ditumbuk tadi lalu digoreng sekejap didalam kuali tanpa minyak sehingga kelapa/isi ikan agak berderai tetapi JANGAN sampai perang.
      Tumbuk halus bawang merah dan cili padi.
      Kemudian di dalam mangkuk besar masukkan bahan-bahan tumbuk ( ikan, kelapa, bawang merah , cili padi) beserta dgn pucuk paku dan taugeh yg telah ditoskan tadi.
      Tambahkan garam secukup rasa dan air perahan asam limau nipis sambil digaulkan bahan-bahan sehingga sebati.
      Sedia untuk dimakan.


KERABU EPAL ALA THAI

Bahan-bahan:

    * 2 biji epal hijau  } dicincang kasar & direndam dalam air garam
    * 1 labu bawang besar } dimayang
    * 1 batang serai  } dimayang
    * 7 biji cili api  } dihiris halus
    * 1 camca besar udang kering } ditumbuk sedikit
    * 3 camca besar kacang tanah } digoreng dan ditumbuk kasar
    * 1 camca besar sos tiram
    * 1 camca besar sos ikan cap sotong
    * gula secukup rasa
    * garam jika perlu

Cara membuat:

    * Toskan epal kemudian masukan semua bahan dalam mangkuk kacau sebati dan sesuaikan rasa jika perlu boleh tambah garam
    * Nota: Jika menggunakan epal yg kurang masam, perahkan sedikit air limau nipis.


KERABU PEGAGA

Bahan-bahan:

    * 1 ikat pegaga } dibersih dan dihiris
    * 1/2 biji kelapa parut } ditumbuk sedikit
    * 2-3 ekor ikan kembung/selayang } dipanggang
    * 4 ulas bawang merah
    * 1.5 cm halia
    * 1 sudu kecil lada hitam
    * garam secukup rasa
    * sedikit air limau nipis
    * 2 tangkai cili padi/hijau }dihiris

Cara membuat:
    * Tumbuk bawang merah, halia dan lada hitam kemudian masukkan isi ikan, tumbuk lagi sehingga lumat.
    * Campurkan kelapa parut dgn bahan tumbuk kemudian disangai atas api kecil sehingga agak kering dan berderai.
    * Gaul kan kelapa tadi dgn pegaga, cili padi, garam dan perahkan air limau nipis sehingga sekata
    * Sedia utk dihidangkan


Kerabu Kacang Botol


Bahan
20 tangkai kacang botol [hiriskan nipis]
1 cawan kobis [hiriskan]
1 cawan kelapa parut
1 labu bawang besar [hiriskan]
5 biji limau kasturi [ambil jus]
garam
gula

Bahan Mesin
5 tangkai cili merah
3 ulas bawang merah
1 s/b udang kering

Cara.
1. Masukkan bahan mesin, kelapa dan garam dalam kuali. Kacau sehingga agak kering.
2. Tutup api.
3. Masukkan semua bahan sayuran, gula dan jus asam limau. Kacau rata.
4. Hidangkan.

Posted by hanieliza at 7:32 PM 1 comments Links to this post


Kerabu Jantung Pisang

Bahan
1 biji jantung pisang [rebus sehingga lembut dan hiris]
1 cawan daun ulam raja [hiris halus]
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
3 s/b jus asam jawa secukupnya
1 s/k gula

Bahan Mesin
1 labu bawang besar
2 batang serai
3 cili merah
5 tangkai ciliapi
segengam ikan bilis
sedikit belacan [jika suka]
garam

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perahkan air asam jawa.
2. Rasakan masin & manis kerabu ini.
3. Hidangkan bersama nasi putih.

Posted by hanieliza at 3:23 PM 0 comments Links to this post


KERABU SAYURAN

Bahan
10 tangkai kacang botol ]
2 kuntum bunga kantan ]
3 tangkai daun kesum ] hiris/mayang halus
10 pokok daun selom ]
5 tangkai cili merah ]
1 labu bawang besar ]
1 cawan taugeh
1/2 cawan kelapa [goreng ]
2 ekor ikan kembung [bakar dan ambil isinya]
garam
gula

Bahan Sambal
5 tangkai cil merah ]
5 tangkai cili api ] tumbuk halus
sedikit belacan ]
5 biji limau kasturi [ambil jus]

Cara
1. Gaulkan semua bahan sambal dengan kelapa, isi ikan, garam dan gula.
2. Masukkan sayuran s dan kacau supaya semua rata.
3. Rasakan masam dan masinnya.
4. Hidangkan.

Posted by hanieliza at 6:17 PM 1 comments Links to this post


Kerabu Perut &Taugeh

Bahan
500 gm perut [rebus sehingga lembut dan hiris nipis kecil]
5 biji jus limau linpis
1 cawan taugeh [buangkan kakinya]
1 s/b sos ikan
garam dan gula secukup rasa

Bahan Hiris
1 labu bawang besar
2 kuntum bunga kantan
5 tangkai kacang panjang
1 biji cili merah

Bahan Mesin
3 biji cili merah
5 biji ciliapi
3 ulas bawang merah

Cara
1. Gaulkan rata semua bahan dan rasakan masam dan masinnya.
2. Hidangkan ngan nasi putih.

No comments:

Post a Comment