Murtabak-lapis-kraker Yatie
Murtabak-lapis-cream-cracker Azlitamurtabak-mini-maggi
murtabak-mini-maggi
Murtabak mini maggi
Sarapan pagi ni akak masak murtabak mini maggi yang sedap dicicah dengan cili sos dan thousand island atau dengan mayonis . Sedapnyaaa makan sekali mesti nak lagi...
BAHAN-BAHAN:
4 peket maggi - direbus mee saja
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji telur
1 batang carrot
Isi ayam dan chicken ball secukupnya
3 sudu besar tepung jagung
4 peket serbuk perisa maggi
Sedikit daun sup dan bawang
* Peket serbuk maggi jangan dibuang boleh diguna sebagai bahan perisa.
CARA MEMASAK :
Bersihkan isi ayam serta chicken ball dan potong semua menjadi ketulan kecil . Kupas semua bawang dan diracik halus kemudian bersihkan carrot dan dipotong kecil-kecil . Bersihkan daun bawang dan sup serta diracik halus juga . Rebus mee maggi sehingga kembang dan tos kemudian ketepikan dulu .
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang sehingga menjadi layu dan wangi kemudian terus masukkan isi ayam kacau , masukkan chicken ball , carrot , daun sup/bawang dan kacau semua bahan sehingga isi ayam masak . Masukkan sepeket serbuk perisa maggi dan kacau .
Masukkan semua mee maggi , tepung jagung kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau semua bahan-bahan ni . Masukkan serbuk perisa maggi secukupnya dan rasa jika kurang masin boleh la ditambah lagi serbuk perisa maggi atau bahan-bahan lain kemudian kacau semua bahan supaya menjadi mesra dan rata . Fungsi tepung jagung supaya adunan mee dan bahan-bahan lain melekat .
Panaskan frying pan dengan sedikit minyak dan goreng murtabak ni sehingga masak . Angkat dan tos serta boleh dihidangkan .
Akak guna acuan bulat bertangkai telur benjo untuk bagi murtabak ni jadi bentuk bulat dan padat . Mudah nak guna acuan ni cuma pastikan minyak cukup panas sebelum adunan dimasukkan ke dalam acuan ni dan gunakan api sederhana besar supaya maggi ni masak sama rata dan bahagian bawah maggi tidak hangit . Tanggalkan perlahan-lahan acuan ni dari adunan maggi kemudian terbalikkan mutabak maggi ini perlahan-lahan biar sampai masak sebelum diangkat dan dihidangkan.
Nennie di Thursday, July 21, 2011
Tuesday, January 6, 2015
Sunday, January 4, 2015
Friday, January 2, 2015
Kuih Bakar Berdaging
Telah lama saya menyalin resepi ini dari blog Kak Jee yang memang terkenal dengan perkongsian resepi turun temurun keluarga beliau. Pada saya, Kak Jee mengambil langkah yang bijak dengan berkongsi resepi keluarga kerana dari ianya diamalkan di kalangan keluarga sendiri, lebih baik dikongsi dengan orang ramai supaya mereka yang telah tiada juga akan mendapat manafaatnya. Terima kasih Kak Jee atas perkongsian resepi ini. Jom layan resepi mudah ini. Kuih ini adalah ala ala kuih Cara Berlauk cuma bezanya Kuih Cara dibakar dalam acuan kuih cara atau kuih bahulu. Kuih Bakar Berdaging pula dibakar dalam acuan Bahulu Kemboja. Oleh kerana saya hanya ada 2 set sahaja kuih acuan Bahulu Kemboja, jadi saya tuangkan bakinya ke dalam loyang besar dan dibakar sehingga masak. Jika dimasak dalam acuan bahulu, rasanya 1 adunan boleh dapat 6 biji kuih bakar berdaging... ![]() Kuih Bakar Berdaging Bahan bahan: 250 gm daging kisar/cincang (¼ kg) 1½ sudu rempah daging Babas 1 biji bawang besar - cincang Garam/aji secukup rasa Daun bawang Cili merah - hiris halus 1 sudu besar minyak/minyak sapi/margerin 3 cawan tepung gandum 3 cawan santan cair/susu cair/susu rendah lemak 3 cawan air 5 biji telur Sedikit garam Sedikit pewarna kuning telur Cara cara: Daging dibersihkan dan dibuang semua urat. Cincang sampai halus. Atau boleh guna daging batang pinang dan potong kecik. Panaskan 1 sudu minyak dan tumis bawang yang telah dicincang. Kemudian bila bawang dah kekuningan, masukkan rempah kari dan goreng sampai wangi. Masukkan daging dan masaklah sampai kering. Sejukkan. ![]() Panaskan oven pada suhu 160C. Lauk daging dibahagi kepada 3 bahagian sebab bancuhan ini jadi 3 kuih bakar. Kalau guna acuan kecil, rasanya boleh dapat 6 kuih bakar. Letakkan acuan kuih bakar di atas dapur, bubuh ½ sudu minyak sapi/marjerin dan panaskan. Bila minyak sudah panas, perlahankan api dan tuangkan bancuhan tepung tadi hingga paras ¾ penuh ke dalam acuan. Biar kira kira 1 minit, pastu sudukan 1 sudu kecil lauk daging ke dalam bancuhan tepung dalam acuan perlahan lahan. Mulakan di bahagian tengah dan kemudian dalam setiap lekuk acuan. Akhir sekali, taburkan daun bawang dan cili merah. Bila nampak garing pada bahagian tepi kuih, masukkan ke dalam oven suhu 180 C menggunakan api atas sahaja (jika ada) selama 15-20 minit. Saya guna api atas bawah. ![]() Guna pisau dan keluarkan kuih ketika masih panas. Sambung buat lagi. Makan dengan sos cili. Sangat sedap. Selamat mencuba... ![]() ![]() Selamat mencuba.... |
Subscribe to:
Posts (Atom)









