goreng ikan masin berbawang n cili [ninoZ]
bahan
bwg beso hiris gegelang [ bior byk sket]
cili kering potong pendek2
cIli padi sket
limau nipis/kesturi
ikan masin jenis masam tu [gelama masam ke..]
cara membuat
goreng ikan tu garing2..pastu goreng bwg agak2 layu..masukkan cili kering..goreng bior garing.. n just before angkat..masukkan cili padi [ kalau goreng lama2 nanti cili meletup2]
toskan kejap pastu tabur atas ikan masin..perah asam limau
Goreng ikan masin berlada [chipsmore]
bahan
ikan masin (yg sedapnya ikan tenggiri jeruk tu)
cili padi - ditumbuk kasar
bawang kecik - ditumbuk kasar gak..
limau nipis
Caranya:
goreng ikan
tumis cili padi dan bawang, dah masak masukkan ikan kering tu, gaul, perah air asam liimau...pedas dan sedap...
Ikan masin goreng [hanieliza]
Ikan tenggiri masin dipotong kecil dan goreng dgn api pelan sampai masak/garing(ikut selera)
Angkat ikan dan buh dalam pinggan...
Gunakan minyak lebihan gorengan tadi tumiskan bawang kecil atau besar mayang bersama cili api/merah mayang...biarkan layu sekejap...
Perahkan sikit air asam jawa...masukkan ikan tadi....
IKAN MASIN GORENG ASAM [hanieliza]
Bahan
ikan talang masin
3 ulas bawang merah atau 1 labu baang besar [mayang]
8 biji ciliapi [mayang]
1/2 cawan air asam jawa
minyak untuk goreng
Cara
1. Ikan masin dipotong kecil dan goreng dgn api pelan sampai masak/garing(ikut selera)
2. Angkat ikan dan masukkan dalam pinggan...
3. Gunakan minyak lebihan gorengan tadi tumiskan bawang kecil atau besar mayang bersama cili api mayang...biarkan layu sekejap...
4. Masukkan air asam jawa dan ikan tadi.
5. Hidangkan
No comments:
Post a Comment