NASI MINYAK HUJAN PANAS
Sumber resepi : dapurmamasya
Bahan-bahan ( 5 orang )
4 cawan beras basmati
5 cawan air - letak lebih air sesuaikan dengan beras
2 kiub ayam
2 helai daun pandan pewarna merah, kuning dan hijau [bahan tumis]
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi- letak 1 1/2 sb 1
batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga [bahan hias] bawang goreng , kismis
Cara-cara
1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang.
3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi Masukkan beras dan gaul rata.
4. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu dan Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka
DAGING MASAK HITAM YANG SEDAP
Sumber : dapurmamasya
Bahan-bahan
1 kg daging - dipotong nipis
3 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis 1
/2 cawan kicap pekat air asam jawa secukupnya garam secukup rasa Minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar
4 biji bawang besar
3 inci halia
4 ulas bawang putih
20 biji cili kering - rendam dengan air panas
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
Cara :
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak.
2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk.
3. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah serbuk perasa jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa.
Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)
* Oleh kerana kelam-kabut masak untuk berbuka baru saya sedar yang saya terlupa ambil gambar satu step lagi iaitu daging yang telah di masukkan kicap. Haish...kecewa betul.
Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
No comments:
Post a Comment